12 Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL34

Selepas tiga minggu berturut-turut berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik, 12 lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 akhirnya diumumkan. Apa yang dapat disimpulkan tentang pilihan lagu-lagu yang mara ke pentas paling berprestij itu ‘teradun’ baik antara penyanyi berpengalaman juga yang baru. Naim Daniel dan Aina Abdul (kedua-duanya berkongsi judul lagu yang sama ‘Sumpah’) antara dua nama yang masih hijau berjaya menembusi ke AJL34. Hafiz Suip pula kembali ke pentas AJL selepas menyepi beberapa tahun. Pastinya Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat pilihan tepat memilih Bob untuk menggantikannya pabila Anta Permana turut berjaya membolosi ke pentas akhir yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan. Ini senarai penuh 12 lagu yang bakal bertanding di pentas AJL34

Ernie Zakri mara ke pentas AJL buat kali kedua

1- Drama- Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib
Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib

2- Sumpah- Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel & Omar K
Lirik: Naim Daniel

3- Kisah Cinta Kita- Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Lirik: Dato’ A. Aida

4- Ku Bersuara- Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham
Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham

5- Anta Permana- Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

6- Bangun- Aman RA
Komposer: Navigator
Lirik: Aman RA

7- Ragaman- Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
Lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam & Mike Chan

8- Rampas- Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim & Laq
Lirik: Bunga Cantik

9- Dinda- Kugiran Masdo
Komposer: Ali Sariah
Lirik: Ali Sariah

10- Peneman- Hazama
Komposer: Tam
Lirik: Tam

11- Lembah kesepian- Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli, Gouffran & Ibnu

12- Sumpah- Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link