Artis K-POP LADIES’ CODE Meninggal Dunia Kemalangan

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: Polaris Entertainment

1842543_original

 

Bagi mereka yang meminati dunia hiburan K-Pop pastinya turut berasa hiba dengan kematian seorang ahli kumpulan LADIES’ CODE sebuah kumpulan K-Pop dari Korea Selatan  yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di Daegu, Korea kelmarin 2 September kira-kira jam 1.30 pagi waktu Suwon.

eunbladiescodesept3e

Eun Bi 

 

Kemalangan berlaku akibat sebuah tayar belakang yang membawa ahli kumpulan LADIES’ CODE tercabut dari kenderaan terbabit. Eun Bi salah seorang ahli kumpulan K-Pop terbabit malangnya meninggal ditempat kejadian akibat rempuhan kuat ketika kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan apabila tayar belakang tercabut dan hujan yang turut menjadi punca jalan lebih licin. Turut terbunuh pemandu kenderaan itu.

 

Manakala RiSe ahli kumpulan tersebut berada dalam keadaan kritikal telah melalui prosedur pembedahan yang panjang kerana beberapa komplikasi termasuk tekanan darah rendah. Manakala So Jung yang juga cedera ditempatkan di hospital di Suwon. Ahli lain, pengurus dan jurustail mereka dikhabarkan tidak mengalami kecederaan teruk tetapi masih terkejut dan trauma. Semoga ahli keluarga dan peminat LADIES’ CODE cukup tabah dengan pemergian Eun Bi.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link