Bersama Editor Jemputan Datuk Siti Nurhaliza

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza? Penyanyi yang paling banyak menerima anugerah di dalam dan luar negara ini masih tidak dapat ditandingi kehebatannya di dalam bidang nyanyian dan boleh kami katanya beliau memang sudah layak untuk digelar legenda. Sememangnya tidak sabar untuk bertemu dengannya kerana bukan mudah untuk beramah mesra dengan artis tersohor negara ini. Tambahan pula dia kini sibuk dengan perniagaan produk kecantikan SimplySiti dan sedang dalam proses pembikinan album terbarunya.

KEJAYAAN PROGRAM SIMPLYSITI DI HATI >>

COMELNYA DATUK SITI NURHALIZA BUAT GWIYOMI >>

Datuk Siti tiba di Lens Work Studio bersama kakak ipar merangkap pengurusnya, Rozie. Ketika disolek oleh Khir Khalid, beliau sempat memberi sedikit hint tentang kolaborasinya bersama Rizman Ruzaini. Berita baik untuk semua hijabista di luar sana kerana kami dengar cerita, beliau dan Rizman bakal mengeluarkan koleksi tudung bersama!

APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG MISAI >>

NORA DANISH BERBICARA MENGENAI PERKAHWINAN KEDUA >>

Sungguh mudah bekerja dengannya. Sentiasa ceria dan sambil dia memberikan pose yang terbaik di hadapan kamera, dia turut menari dan menyanyi mengikut rentak lagu yang kami putarkan ketika penggambaran. Apa yang istimewa untuk edisi Raya kali ini, Datuk Siti juga merupakan Editor Jemputan dan sempat untuk berkongsi tip solekan yang bersesuaian dengan anda di pagi Raya. Kalau nak tahu tentang persiapan Raya dan tip solekan Raya oleh Datuk Siti Nurhaliza, jom kita saksikan video behind the cover bersamanya di bawah ini.

**Datuk Siti bercerita dengan Khairul Abidin Ishak tentang perancangan konsert di Albert Hall kelak. Semua ini dan banyak lagi, di dalam EH! Neo Lebaran, Julai ini.

Share via
Copy link