Datuk Siti Nurhaliza Raih Empat Trofi Di AIM Ke-22

Tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza kerana berjaya membolot empat buat trofi di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM) dari tujuh kategori yang dicalonkan.

 

15493849_1651495508209920_4512344462238036110_o

 

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam penganugerahan buat bintang-bintang muzik tanah air ini telah berlangsung dengan meriahnya.

 

Datuk Siti berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi. Lagu tersebut juga dipilih sebagai Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu.

 

Kemudian, dua lagi anugerah adalah Lagu Nasyid Terbaik (Mikraj Cinta) dan Album Terbaik iaitu Datuk Siti Nurhaliza Unplugged. Bukan itu sahaja, malah Datuk Siti turut dianugerahkan dengan kategori baru iaitu Penyanyi Pilihan Malaysia. 

 

8-dato-siti-nurhaliza-dominasi-aim-22-rotikaya-1000x666

 

SonaOne sekali lagi dinobatkan dengan anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dengan lagunya yang bertajuk Fireflye.Tahun ini, AIM 22 dihoskan oleh Harith Iskander dan Adibah Noor.

 

EH! turut menyenaraikan senarai penuh pemenang AIM 22 di bawah.

Artis Baru Terbaik : Syamel

 

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) : Akim & Majistret (Potret)

 

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) : Datuk Siti Nurhaliza

 

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) : DeFam (Supergirls)

 

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu : Misha Omar dan Hafiz Suip (Terimaku Seadanya)

 

Kulit Album Terbaik : Sekumpulan Orang Gila (Bahtera)

 

Rakaman Album Terbaik : Panic Bird (Froya)

 

Video Muzik Terbaik : Not For Sale (Casper, Stacy)

 

Lagu Pop Etnik Terbaik : Joget Sulam Sakti (ciptaan Raja Iskandar, lirik Hairul Anuar Harun, nyanyian Reena Nicky)

 

Lagu Nasyid Terbaik : Mikraj Cinta (Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Datuk Siti Nurhaliza)

 

Lagu Pop Terbaik : Sejati (Faizal Tahir & Mike Chan, Faizal Tahir)

 

Lagu Rock Terbaik : Mata Hati (Omar k, Audi Mok & Azlan, Azlan & The Typewriter)

 

Lagu Hip Hop Terbaik : Janji (Anas Amdan & Ahmad Khair, Altimet & Terry Salim, Altimet & Takahara Suiko)

 

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Firefly (SonaOne)

 

Anugerah Kembara : Yuna

 

Anugerah Sri Wirama : Datuk Sheila Majid

 

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu : Menatap Dalam Mimpi (Aubrey Suwito/ Datuk Siti Nurhaliza)

 

Lagu Terbaik : Sejati (Faizal Tahir & Mike Chan, Faizal Tahir)

 

Album Terbaik : Datuk Siti Nurhaliza Unplugged

 

Lagu Muat Turun Paling Tinggi : Potret (Akim & Majistret)

 

Lagu Strim Paling Tinggi : Sudah Ku Tahu (Projector Band)

 

Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton Di Youtube : Sudah Ku Tahu (Projector Band)

 

Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi : Setia (Elizabeth Tan dan Faizal Tahir)

 

Penyanyi Pilihan Malaysia : Datuk Siti Nurhaliza

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link