#ehklusif Dayang ‘Update’ Tentang Konsertnya di Singapura Disember Ini

Dayang Nurfaizah, EH! Julai 2019

Selepas beraksi cemerlang di pentas Istana Budaya Julai lalu menerusi Konsert Dayang Dua Dekad, Dayang Nurfaizah membawa ‘naskhahnya’ itu ke Singapura. Dijadualkan berlangsung pada 28 Disember di The Theatre @ Mediacorp at 1 Stars Ave, konsert ini pastinya akan menjadi medan terbaik untuk penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini membuktikan dia antara penyanyi wanita terbaik Malaysia era ini. EH! menemubual Dayang tentang persiapannya menjelang konsert yang dinanti-nanti warga Singapura ini.

Bagaimana dengan persiapan Dayang menjelang Dayang Dua Dekad di Singapura?
Persiapan masih berjalan dan Dayang sememangnya teruja mahu bertemu dengan peminat di Singapura. Tak selalu peminat Dayang di sana berpeluang turun ke Kuala Lumpur, dan ada juga peminat dari Kuala Lumpur yang tak berkesempatan hadir ke Istana Budaya Julai lalu khabarnya akan datang ke Singapura. Konsert Dayang Dua Dekad di Kuala Lumpur pun sudah hampir enam bulan berlalu, jadi keterujaan untuk bertemu dan menghiburkan peminat tentunya membuak-buak.

Ada sebarang perubahan berbanding konsertyang dilangsungkan di Kuala Lumpur?
Secara keseluruhan konsepnya masih sama kerana masih konsert yang sama. Dayang akan mempersembahakan lagu-lagu hit Dayang sepanjang 20 tahun. Tetapi, ada sesuatu kejutan untuk peminat-peminat di Singapura. Nantikan ya!

Dayang Nurfaizah, EH! Julai 2019

Dalam banyak-banyak lagu yang bakal dipersembahkan, yang manakah yang paling membuat Dayang rasa berdebar?
Semua lagu-lagu Dayang punya cabarannya tersendiri. Lagu-lagu ballad khususnya ada cabaran dan keistimewannya. Dan rasa gemuruh itu ada sebab Dayang mahu persembahkan sesempurna mungkin agar tiap lagu meninggalkan kenangan manis kepada peminat yang datang pada malam itu.

Adakah Hael Husaini turut muncul di pentas Singapura Disember nanti?
InsyaAllah Hael akan ada, dan semestinya Dayang mahu Hael ada bersama memandangkan kami berdua ada lagu baru (Hari Ini).

Hael Husaini juga akan muncul di pentas DAYANG DUA DEKAD di Singapura

Selain vokal, penampilan Dayang juga sering dinanti-nanti. Apakah idea untuk persalinan dan look Dayang nanti?
Dayang gembira bila ada peminat-peminat yang ternanti-nanti apa yang Dayang pakai, bagaimana rupa solekan dan dandaannya, jadi kalau nak tahu bagaimana penampilan Dayang kali ini, kenalah datang ya. Jangan lupa dapatkan tiket Dayang Dua Dekad di myticket.asia

Selepas ‘Sebentar’ bilakah next single akan dilancarkan?
Dayang masih lagi mencari lagu yang bersesuaian. Jadi kepada peminat semua tunggu ‘sebentar’ ya.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link