Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Harap Doa Yang Baik-baik Untuk Pertunangan

Merisik sudah, kini giliran majlis pertunangan pula dilangsungkan. Pasangan selebriti yang kian hangat diperkatakan bersama, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bakal mengikat tali pertunangan pada petang ini. 

 

Gambar : Instagram Elfira Loy

 

Mengakui yang dirinya agak berdebar menanti majlis pertunangannya yang bakal berlangsung pada petang ini, Elfira berharap majlis ini mendapat keberkatan dari sang Pencipta.

 

Menerusi akaun Instagram milik Elfira, aktres bertubuh genit ini sempat memuat naik sekeping gambar ilustrasi menggambarkan dirinya dan Sufian serta kapsyen yang memohon doa yang terbaik supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar hendaknya.

 

 

Bahkan, baru-baru ini Elfira yang mana wajah depan majalah EH! isu ini sempat berkongsi perasaan berdebarnya dalam memastikan setiap persiapan sudah lengkap.

 

 

Melihat pada video ringkas tersebut, terlihat di mana seakan majlis pertunangan pasangan muda ini semestinya cukup indah dengan bunga-bunga mawar segar yang menghiasi meja tetamu.

 

Entri Elfira tersebut turut dibanjiri ucapan tahniah dari pengikut-pengikutnya yang sudah mencecah 3.6juta di Instagram dan rata-ratanya mendoakan segalanya yang baik buat pasangan ini. Tahniah buat Elfira dan Sufian!

 

Nak tahu sebab Elfira Loy suka Sufian Suhaimi? Tonton video di bawah:

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link