Filem Komedi Pilihan EH!

Oleh: Reen Aziz

 

Boleh dikatakan filem komedi tidak kira tempatan atau luar negara sebenarnya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini kerana ternyata penonton mudah terhibur dengan komedi dan adegan lawak jenaka yang dipertontonkan kepada mereka.

 

Bahkan, filem komedi kebiasaannya mampu membuatkan trend terbaru melalui adegan yang ditayangkan dan sekaligus memberi impak besar kepada penonton seperti dari segi bahasa atau skrip yang dilontarkan serta adegan yang dipertunjukkan. Trend tersebut juga mampu bertahan dalam gaya hidup masyarakat jika ianya benar-benar lawak dan menyalurkan sedikit informasi yang berguna.

 

EH! senaraikan filem komedi tempatan dan luar negara pilihan kami.

 

Dumb and Dumber To

 

DumbAndDumberTo

Gambar: www.depts.ttu.edu

 

Filem Dumb and Dumber To (2014) mengisahkan tentang dua orang sahabat baik Lloyd Christmas (Jim Carrey) dan Harry Dunne (Jeff Daniels) yang merancang untuk keluar dari negaranya melalui roadtrip demi mencari adik perempuan Harry yang sudah lama diambil sebagai anak angkat kepada sebuah keluarga.

 

We’re The Millers

 

were-the-millers-postercollider.com

 

Filem We’re The Millers (2013) yang di bintangi oleh Jennifer Aniston dan Emma roberts, mengisahkan tentang David Burke seorang pengedar dadah secara kecil-kecilan tetapi telah berniat untuk berhenti sepenuhnya dengan karier terlarang tersebut.  Namun banyak rintangan yang beliau harus tempuhi akibat kesempitan hidup. Beliau kembali menjadi pengedar dadah dan telah berlaku sesuatu yang buruk dan tidak disangka ketika beliau ingin menyeludup dadah dari negara jiran, Mexico.

 

22 Jump Street

 

22-jump-street-poster1collider.com

 

Filem 22 Jump Street (2014) menceritakan tentang dua orang petugas polis, Schmidt (Jonah Hill) dan Jenko (Channing Tatum) mendapat tugas baru. Kali ini mereka ditugaskan untuk mencegah penyebaran sejenis dadah bernama “WHYPHY”. Mereka berdua menyamar sebagai pelajar kolej demi  memudahkan penyiasatan. Masalah muncul ketika Jenko mula tertarik dengan sebuah pasukan ragbi dan Schmidt pula menggiatkan dirinya dibidang seni semata-mata untuk berkenalan rapat dengan seorang gadis di kampus tersebut. Hal ini membuat mereka lalai dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis.

 

 

Hantu Kak Limah Balik Rumah

 

hantu kak limahtorrentbutler.eu

 

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) menceritakan tentang Husin (Awie)  yang telah lama bekerja di Singapura dan kemudiannya kembali ke kampung beliau iaitu Kampung Pisang. Setibanya di kampung halaman, Husin hairan melihat perangai pelik jirannya yang bernama Kak Limah. Dia seorang yang tidak gemar bercakap dan sering dilihat berdiri sendirian di balik tingkap rumahnya bersama rambut panjang mengerbang. Husin pula sering melalui waktu-waktu seram sebelum masuk tidur. Orang kampung pula heboh mengkhabarkan bahawa Kak Limah itu sebenarnya makhluk halus yang muncul untuk mengganggu keamanan kampung tersebut. Bermacam-macam kejadian yang berlaku selepas itu.

 

Man Laksa

 

 2gSGA7MWwm2U1LMDxEEuTA02KFB

torrentbutler.eu

 

Filem Man Laksa (2006) mengisahkan tentang Man Laksa (Yassin Senario) seorang pemuda yang pemalu, mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya. Satu hari, ketua kampung bercadang untuk mengadakan malam anekaragam bagi mengumpul derma untuk keluarga Pak Maon yang kehilangan harta benda akibat kebakaran pada musim banjir. Man Laksa pula bercita-cita untuk menjual sebanyak mungkin laksa pada malam amal tersebut dan sekaligus ingin melamar buah hatinya. Banyak kejadian yang berlaku pada malam tersebut dan Man Laksa hampir berputus asa dengan majlis itu.

 

Zombi Kampung Pisang 

 

 Zombi Kampung Pisang (2007)

mediafiremovie-free.blogspot.com

 

Filem Zombi Kampung Pisang (2007) mengisahkan tentang sebuah kampung yang di serang zombi. Zombi-zombi tersebut dikatakan berpunca dari penularan toksin yang menyebabkan ramai menjadi mayat hidup. Keadaan kampung menjadi huru-hara apabila semakin ramai yang bertukar menjadi zombi sehinggakan orang kampung terpaksa berkurung di dalam dewan serbaguna bagi sama-sama menyelesaikan masalah tersebut.

 

 

Share via
Copy link