Gambar Majlis Malam Berinai Nad Zainal

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: Instagram Nad Zainal

 

Sebelum ini Nad Zainal, pelakon yang cukup terkenal ini pernah membuat pengakuan yang dirinya dan tunangnya bakal bernikah pada bulan Disember ini. Kini, tiba masanya yang kedua-dua pasangan ini nantikan.

 

Malam Khamis selamat berlangsungnya majlis malam berinai Nad Zainal yang turut dihadiri dengan rakan-rakan selebriti lain. Antaranya Siti Saleha, Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Anzalna Nasir, Sherry Alhadad, Cristina Suzanne dan ramai lagi. Majlis malam berinai Nad ini tampil dengan konsep ala kampung yang mana rakan-rakan artis yang hadir juga turut sama menggayakan pakaian tradisional dan klasik.

 

Majlis akad nikah Nad dan pasangan dikhabarkan berlangsung pada hari ini. Bahkan, Nad pernah menyatakan yang majlis akad nikah dan persandingannya berlangsung pada hari yang sama dengan penuh kesederhanaan untuk menyambut tetamu dan sahabat.

 

“Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol. Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai. Tetamu yang datang dijamu makan dan kita sama-sama bergembira menikmati hari bersejarah kami,” ujarnya kepada Berita Harian sebelum ini.

 

EH! ucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga ikatan ini diberkati dan sentiasa dirahmati.

 

Jom lihat gambar di sekitar majlis malam berinai Nad Zainal yang EH! kongsikan ini.

 

[soliloquy id="91988"]

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link