George Clooney Akhirnya Berkahwin

GeorgeAmalGambar: eonline

 
Setelah sekian lama dikaitkan dengan ramai wanita, pelakon George Clooney akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan peguam serta aktivis Amal Alamuddin di Venice, Itali pada Sabtu lalu.
 
Menurut laporan, upacara perkahwinan itu berlangsung dalam suasana indah selepas matahari terbenam. Tempat berlangsungnya majlis itu dihiasi dengan bunga rona putih termasuk bunga ros, teluki dan teratai. Suasana romantik disemarakkan lagi dengan nyalaan ratusan lilin buatan tangan.
 
Seramai 100 orang teman rapat menghadiri majlis itu termasuk supermodel Cindy Crawford, Matt Damon, Emily Blunt, Bill Murray dan penyanyi kumpulan U2, Bono.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link