Kembali Bersua Muka, Adakah Akan Ada Peluang Kali Kedua Buat Miller Khan Dan Ain Edruce?

Pertemuan yang tidak diduga antara Ardiansyah dan Melissa selepas lima tahun lamanya terpisah sedikit sebanyak telah menggamit memori lama yang di arkibkan jauh di benak hati. 

 

Gambar : Blu Inc Media

 

Lanjutan episod 1 drama pendek bersiri Inspirasi Cinta yang mana takdir tertulis Ardiansyah dan Melissa terjumpa secara tiba-tiba selepas sekian lama terpisah antara dua negara. Kepulangan Ardiansyah ke tanah air dari tanah seberang seakan mahu mencari sebahagian hidupnya yang hilang sebelum ini. Selepas menyetujui untuk dihubungi semula, kemelut perasaan yang membuak-buak di dada Melissa semakin menjadi-jadi. Tidak terkecuali persoalan yang berlegar-legar di ruang minda seakan membuatkan perasaan berbolak-balik kian muncul serta merta.

 

Tonton teaser Inspirasi Cinta Episod 2 di bawah. Nantikan episod 2 penuh pada 30 Mac ini di www.inspirasi-cinta.com.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link