Kelahiran Baru Dior Homme Bersama Robert Pattinson

Sejujurnya Dior Homme Sport antara tiga haruman favourite saya. Bau kayu-kayannya cukup menyerlah namun tidak mencucuk-cucuk deria bau. Dan tahun ini Christian Dior memperkenalkan edisi baru Dior Homme EDT, dan ia masih kekal dengan identiti aroma kayu-kayan yang cukup menyerlahkan imej maskulin lelaki yang menyemburnya, seiring dengan tagline untuk kempen haruman ini, I’M YOUR MAN.

‘Batman’ baru, Robert Pattinson masih kekal menerajui wajah kempen wangian ini, dan dia sendiri sudah menjadi penghias kempen Dior Homme sejak tahun 2013. Dalam kempen baru ini, Pattinson ditonjolkan sebagai seorang lelaki yang gentleman, cukup maskulin, menghargai kebebasan dan dalam masa yang sama jiwanya sarat dengan cinta, seorang yang romantik.

Berlatar belakangkan atmosfera kota New York, filem baru ini disempurnakan oleh pengarah terkenal Guillaume dan Jonathan Alric yang mana mereka sebenarnya punya pertalian darah (sepupu). Manakala rakaman gambar untuk kempen ini direalisasikan oleh jurugambar kelahiran Sweeden, Mikael Jansson.

“Haurman ini beridentitikan aroma kayu-kayan yang sensual, bau seksinya berlebih-lebih. Bau wanginya terus menuju ke deria bau, cukup solid. Dalam dominannya masih ada rasa lembutnya,” jelas Francois Demachy, pakar haruman yang bertanggungjawab meneroka destinasi aroma baru Dior Homme ini.

Oh lagi satu, kerana iklan ini juga saya mula ‘menelaah’ lagu-lagu penyanyi lama, Leonard Cohen kerana lagunya ‘I’m Your Man’ menjadi muzik latar kempen Dior Homme yang baru ini. Ayuh saksikan ‘filem’ romantik ini.

“Haurman ini beridentitikan aroma kayu-kayan yang sensual, bau seksinya berlebih-lebih. Bau wanginya terus menuju ke deria bau, cukup solid. Dalam dominannya masih ada rasa lembutnya,” jelas Francois Demachy, pakar haruman yang bertanggungjawab meneroka destinasi aroma baru Dior Homme ini.

Share via
Copy link