Menjenguk Apa Selebriti Ini Lakukan Semasa Kawalan Pergerakan Dirumah

Meneliti akaun Instagram selebriti tanah air semasa Kawalan Pergerakan ini really warm our heart. Ramai antara mereka memuat naik aktiviti di rumah bersama keluarga tersayang, ada juga yang berbual secara live di instagram.

Hari ini merupakan hari ketiga kita menjalani kawalan pergerakan sejak 18 mac lepas dan hal ini buat kami jadi melekat untuk membelek instagram dalam mengisi masa sepanjang bekerja dari rumah, setiap kali meluncur di instagram pasti ada rakaman gambar atau selebriti yang asyik sibuk bermesra bersama keluarga, jarang sekali kita dapat melihat situasi begini kerana selalunya mereka ini lah yang sering sibuk dengan hal-hal kerja sahaja.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Antara yang menjadi perhatian kami di EH! semalam adalah posting  video nyayian spontan dari Datuk Sri Siti Nurhaliza menurusi akaun istagramnya. Bersama nada single terbaru ‘7 Nasihat’ secara bersahaja dia menyanyikan lagu nasihat berkenaan kawalan pergerakan yang sedang dijalankan selama dua mingu ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by marioncaunter (@marioncaunter) on

 

Begitu juga dengan Marion Caunter, dia memuat naik dua video Tik Tok di akaun Instagram miliknya menunjukan how fabulous mereka sekeluarga kuaranrin di rumah dari pakaian tidur ke glammed up look bersama dress serba biru dan juga video tarian comel bersama suaminya.

 

 

Antara selebriti lain yang turut menarik perhatian kami adalah gambar berpelukan Rozita Che wan dan suaminya Zain Saidin dengan kepsyen ‘Yeay duduk qumah boleh tidow peluk laki lama2…”. Gambar Scha Alyahya bersama suami dan anaknya Awal dan Lara serba serbi dalam pakaian tidur dan juga video comel Tik Tok Aeril Zafrel bersama anaknya Hayla yang bakal buat anda tersenyum.

 

 

Sementara itu peminat juga turut dihiburkan oleh beberapa selebriti yang membuat siaran langsung dan IGTV di instagram mereka dalam mengulas tentang keadaan virus Covid-19 ini, juga mahu peminat untuk sama-sama duduk di rumah dan berinteraksi bersama peminat. Antara selebriti yang rajin melayan peminat di Instagram adalah Neelofa, Ning Baizura, Sharifah Armani, Datuk Hans Issac, Dato’ Rizalman dan ramai lagi.

 

 

Share via
Copy link