Tuah & Tingkah Laku Miley

Oleh: Farhana Fuad
 
2

Gambar: andpop.com

 
Siapa yang tidak kenal dengan Miley Cyrus, pelakon dan penyanyi Hollywood yang kian terkenal di masa kini. Miley Cyrus, atau nama sebenar Destiny Hope Cyrus adalah antara selebriti yang paling kontroversi di dunia hiburan sejak kebelakangan ini.
 
Kontroversi yang hangat di laman sosial dan YouTube menunjukkan lagak Miley yang separuh bogel menerusi video Wrecking Ball dan berlanjutan hingga ke insiden lain yang menaikkan lagi kontroversi penyanyi muda ini termasuk persembahan provokatifnya di pentas beberapa anugerah.
 
Sedikit sebanyak dari kontroversi Miley ini telah menaikkan nama serta mengubah persepsi orang ramai terhadap imejnya yang tampak lebih berani dari imejnya sebelum ini sebagai bintang remaja Hannah Montana.
 
3

Gambar: beraplan.com

 
Walaupun terpalit dengan kontroversi ini juga sedikit sebanyak menyumbang kearah dia terpilih menjadi gadis kempen musim bunga 2014 Marc Jacobs selain video Wrecking Ball telah menjana tontonan jutaan penonton seluruh dunia serta konsert jelajah yang sememangnya telah berjaya memenuhkan setiap lokasi.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link