Membanggakan! Yuna Kini Bernaung Di Bawah Agensi Model Terkenal Dunia, Wilhelmina

Gambar: instagram.com/yuna

 

Selepas berjaya melakar beberapa kejayaan di peringkat global, penyanyi Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna kini terus melebarkan empayarnya bernaung di bawah agensi permodelan terkemuka dunia, Wilhelmina Models.

 

Selain turut membanggakan rakyat Malaysia, penjalanan seni penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini seakan tiada penghujungnya. Pelantun lagu “Dan Sebenarnya” itu turut berkongsi berita membanggakan ini di laman Instagram miliknya.

 

“Hello dunia! Ini berita yang saya ingin kongsi dengan anda semua, saya sekarang bernaung bawah Wilhelmina. Siapa sangka, kita berjaya ibu,” tulis Yuna.

 

 

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada warga net malah lebih membanggakan apabila khabar gembira itu turut mendapat pujian daripada selebriti antarabangsa seperti penyanyi Indonesia, Anggun dan gitaris kumpulan rock popular Incubus, Mike Einziger.

 

Lebih menarik, kejayaan yang diperoleh Yuna itu menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen malah mula tular di media sosial selain turut trending di laman Twitter.

 

 

Yuna sebelum ini telah melakar sejarah tersendiri selepas sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat memaparkan wajahnya bersama album terbaru yang berjudul Rouge.

 

Rouge yang merupakan album keempat penyanyi itu dilihat mendapat sambutan luar biasa malah rata-rata pencinta muzik juga difahamkan mula jatuh cinta dengan lagu magical “Lullabies” hasil ciptaannya sendiri.

 

Untuk rekod, Wilhelmina Models merupakan agensi peragaan dan pengurusan bakat di New York, Amerika Syarikat yang turut membariskan selebriti tersohor dunia seperti Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link