Neelofa Jalani Penggambaran Istimewa di Los Angeles

Neelofa terbang ke Los Angeles untuk menjalani satu penggambaran kempen istimewa.

 

 

Bagi pengikut setia akaun Instagram Neelofa pastinya sudah maklum kepergiannya ke Los Angeles hujung minggu lalu. Neelofa diterbangkan ke sana oleh Swarovski untuk menjalani satu penggambaran istimewa bersama jenama aksesori terkenal itu.

 

 

Neelofa menyifatkan pengalaman sepanjang penggambaran di sana adalah satu pengalaman yang cukup menarik. Dilihat pada gambar juga rakaman video di Insta story nya juga, dilihat penggambaran ini melibatkan ramai kru, malah Neelofa turut membawa bersama beberapa orang kru dari Malaysia termasuklah jurusolek terkenal, Bosco.

 

 

 

Biarpun persinggahannya ke Los Angeles terlalu singkat namun baginya sudah cukup untuk dia melepaskan sedikit lelah bekerja sebelum dia terbang ke New York untuk mengikuti kursus musim panas yang dikendalikan oleh United Nations.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link