The New Pop Darling: Ariana Grande

Oleh: Mujahid Saddam
 
Ariana-Grande-My-Everything-2014
 
Ariana Grande boleh dikatakan antara penyanyi terbaik generasi ini. Setelah sekian lama kita disogokkan dengan kelahiran penyanyi auto-tune, kemunculan gadis kecil molek ini seakan membawa sinar baru kepada industri muzik Hollywood. Kehebatan vokalnya jauh meninggalkan penyanyi seangkatan seperti Miley Cyrus dan Selena Gomez malahan juga nama besar seperti Rihanna. Bakat yang dimilikinya tidak perlu disangkal lagi pabila menyaksikan kelebihan nyanyian live yang dipersembahkannya.
 
Setelah kejayaan album pertama yang melancarkan single “The Way”, kini dia muncul dengan album kedua yang bertajuk My Everything. Tampil dengan imej serta konsep yang lebih matang, album ini menyaksikan dia bermain dengan pelbagai genre. Single pertama “Problem” menduduki tangga kedua dalam carta Billboard 100 menjadikan lagu tersebut sebagai hit terbaik dalam kariernya. Kini, single keduanya “Break Free” serta lagu “Bang Bang” kolaborasi bersama Jessie J dan Nicki Minaj sedang mendaki kedudukan Top 10 carta lagu. EH! himpunkan antara lagu dari album barunya itu yang mampu membuatkan anda menari atau menyanyi bersama serta terpesona dengan keunggulan suaranya.
 
1. Problem ft. Iggy Azalea


 
2. Break Free ft. Zedd


 
3. Bang Bang – nyanyian bersama Jessie J dan Nicki Minaj


 
4. Best Mistake ft. Big Sean (LIVE)


 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link