Nik Michael Kahwin Cinta Pertamanya

Oleh: Farhana Fuad

 

 

capture-20151124-170325

Gambar: Instagram Nik Michael

 

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti dunia masakan Nik Michael Imran yang mula terkenal melalui rancangan MasterChef Malaysia pada tahun 2011. Nik yang juga pemilik kepada restoran yang dikendalinya, PickNik di Publika, kini selamat diijab kabulkan bersama pasangannya, Siti Nadiah Shahril.

 

capture-20151124-170631

capture-20151124-170728

Gambar: Instagram Avicenna Studio

 

Bertempat di kediaman keluarga Nadiah yang berlokasi di Mines, Sri Kembangan telah berlangsungnya majlis akad nikah antara pasangan yang sebaya umur ini pada 23 November.

 

capture-20151124-170422

Gambar: Instagram Yasmin Hani

 

Turut hadir ke majlis tertutup ini rakan selebriti Sazzy Falak dan Yasmin Hani. Nik memilih Nadiah sebagai teman hidupnya kerana dia adalah cinta pertamanya ketika di bangku sekolah lagi. Ianya diakui sendiri oleh Nik ketika ditemu ramah oleh BH Online.

 

“Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya,” ujar Nik.

 

EH! mengucapkan selamat menempuh manis alam perkahwinan dengan semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan buat Nik dan Nadiah.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link