Penangan My Love From The Stars

 

Do Min Joon

My Love From The Star - Chun Song Yi - Cast

Gambar: onetvasia.com

 

Fenomena My Love From The Stars telah membuat ramai peminat K-drama kembali teruja dengan kisah cinta Do Min Joon dan Chun Song Yi. Kim Soo Hyun kembali (selepas kejayaan The Moon Embracing the Sun) sebagai aktor yang paling berpengaruh menjadikan drama ini kegilaan ramai dan bila dipasangkan pula dengan aktres jelita Jun Ji Hyun, tidak hairanlah mengapa sambutan drama ini melonjak naik seawal episod pertama lagi.
 
Penonton dibawa menyelami dunia makhluk asing, Do Min Joon yang terperangkap di bumi sejak era empayar Joseon lagi dan setelah 400 tahun bertemu semula di zaman moden dengan Song Yi seiras gadis yang pernah bertakhta dihatinya sebelum ini. Malah Min Joon juga pernah menyelamatkan Song Yi ketika muda dan dilema untuk jatuh cinta pada gadis yang sama membuatnya tak keruan disebalik perwatakan dinginnya itu.
 
Pergolakan emosi kedua karakter utama drama ini membuatkan penonton juga tak senang duduk dan ternanti-nantikan kisah selanjutnya. Ji Hyun ternyata bijak merealisasikan watak seorang diva dengan persalinan hebat dalam setiap babak buat ramai fashionista juga turut teruja. Tetapi perangainya yang esentrik dan gila-gila, resah gelisahnya menambat hati penonton wanita yang seolah melihat diri mereka melalui aksi Song Yi bila berdepan dengan Min Joon yang hampir sempurna itu.
 
Ditambah pula dengan soundtrack lagu-lagu balada indah nyanyian artis popular Korea Selatan termasuk Lyn (My Destiny), Hyorin (Hello, Goodbye), K.Will (Like A Star), Huh Gak (Tears Like Today) dan juga Sung Sikyung (Every Moment Of You).
 
Mungkin ada yang sudah menyaksikan kesudahan drama ini secara online tetapi bagi yang masih menanti berbaki beberapa lagi episod di saluran OneHD, pasti penyatuan dua hati ini amat dinantikan kerana sudah banyak momen indah yang dipersembahkan buat hati anda skips a beat!
 

 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link