Rekod 24 Tahun Dirampas, Mariah Carey Ucap Tahniah Kepada Lil Nas X

Diva Pop Dunia, Mariah Carey terpaksa akur selepas rekod lagu teratas paling lama di Billboard Hot 100 yang dipegangnya selama 24 tahun kini berakhir.

 

Gambar: mtv.com

 

Dominasi carta Mariah Carey atau nama sebenarnya Mariah Angela Carey terhenti pada Selasa lalu selepas Diva popular itu mengucapkan tahniah kepada penyanyi rap Cowboy, Lil Nas X kerana berjaya memecahkan rekod peribadi melalui lagu hit berjudul “Old Town Road”.

 

Lagu hit bergenre “Country-Trap” itu berjaya mengungguli carta Billboard selama 17 minggu berturut-turut sehingga mampu memecahkan rekod yang dipegang Carey dan Boyz II Men melalui lagu berjudul “One Sweet Day” pada 1995.

 

Tambahan juga, lagu nyanyian Daddy Yankee bersama Justin Bieber “Despacito” juga turut terikat dengan rekod yang sama iaitu 17 minggu dalam carta.

 

 

 

Dalam pada itu, Carey menerusi laman twitter miliknya, memuat naik foto beserta ucapan tahniah kepada penyanyi rap berusia 20 tahun itu.

 

Lebih menarik, posting berkenaan turut mencuit hati netizen kerana ia menunjukkan Carey memegang obor seolah mahu menyerahkan kepada Lil Nas X.

 

Untuk rekod, kejayaan dan populariti lagu “Old Town Road” featuring Billy Ray Cyrus itu dibantu menerusi aplikasi TikTok serta turut dijadikan runut lagu untuk drama siri televisyen.

 

Meskipun masih baru berada di bawah label Columbia Records pada Mac 2019, penyanyi rap berkenaan telah mencipta sejarah selepas lagu debutnya berjaya berada pada tangga teratas carta Hot R&B/Hip-Hop, Billboard Hot 100 dan Hot Country Songs.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link