Rihana Oksana Sah Dicerai Sultan Kelantan

Desas desus keretakan rumah tangga Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bersama pasangannya Rihana Oksana terjawab selepas disahkan bercerai pada 1 Julai lalu.

 

Gambar: herinspirasi.com

 

Menurut sumber daripada New Straits Times, penceraian itu dimuktamadkan selepas permohonan penceraian dilakukan pada 22 Jun lalu di Mahkamah Syariah Singapura.

 

Spekulasi penceraian ini mula tular selepas beberapa media utama mendakwa wanita berusia 27 tahun itu dicerai dengan talak tiga selepas mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah malah perkahwinan ini juga dilaporkan berantakan sekitar Januari lalu.

 

Penyebaran sijil penceraian yang terpahat nama Rihana Oksana Gorbatenko serta nombor siri tersebut difahamkan benar.

 

 

Gambar: herinspirasi.com

 

 

Istana Kelantan baru-baru ini dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada sesiapa yang boleh diberi gelaran Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau “Queen of Kelantan” tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada pihak istana.

 

Sebelum ini Sultan Muhammad V melangsungkan pernikahannya bersama Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin bin Tengku Muda pada 15 November 2004 lalu namun disahkan berpisah pada 2007.

 

 

Gambar: cosmopolitan.my

 

 

Rihana yang juga pemegang takhta Ratu Moscow 2015 itu, difahamkan telah bernikah pada Jun 2018 dan dikurniakan seorang Putera bernama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra pada Mei 2019 yang juga disifatkan sebagai “bakal raja Kelantan”.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link