Sembilan Tahun Bersama, Austin Butler Dan Vanessa Hudgens Umum Berpisah

Menurut satu laporan daripada Us Weekly, “Vanessa dan Austin secara rasminya berpisah dan Vanessa telah berkongsi berita ini dengan teman rapatnya.” Vanessa dan Austin telah berkenalan pertama kali di set pengambaran High School Musical. Pada ketika itu, dia masih lagi bersama dengan Zac Efron. Peminat mula menyedari perpisahan mereka apabila mereka dilihat tidak menyambut perayaan krismas bersama.

Foto: Enews

Kali terkahir Austin berkongsi foto Vanessa adalah pada Julai tahun lepas untuk mempromosikan filem Once Upon a Time in Hollywood dan kali terakhir Vanessa berkongsi fotonya bersama Austin adalah ketika perayaan Halloween. Jadi kemungkinan besar mereka telah berpisah pada ketika ini.

Sebelum ini, Vanessa pernah memberi komen tentang hubungan mereka di dalam satu temu bual bersama Women’s Health, “Kami hormat, percaya dan sayang satu sama lain. Ia sangat kukuh sekarang kerana saya rasa kuat sebagai seorang wanita berdikari. I am very self-reliant, tetapi bagus untuk memiliki seorang teman baik yang kamu boleh berkongsi kemenangan serta kekalahan.”

Vanessa dan Austin setakat ini masih belum memberikan sebarang komen tentang perpisahan ini.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link