Senarai Penuh Pemenang Anugerah Stail EH! 2017

Malam kemuncak Anugerah Stail EH! 2017 telah berlangsung dengan penuh jayanya di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre malam tadi (3 Mei) dengan menjadikan Neelofa sebagai pemenang utama.

 

 

Neelofa turut memuat naik sekeping gambarnya di Instagram dengan kapsyen berterima kasih kepada peminatnya yang tidak henti mengundi dan menyokongnya selama ini.

 

Majlis gilang gemilang EH! ini mengetengahkan tema pakaian ‘I am what I wear‘, jadi Neelofa tampil dengan jaket oversized berona silver rekaan Brian Khoo serta celana panjang Fizi Woo yang membuatkan bintang ternama ini kelihatan cukup bergaya dan effortless sekaligus membawa pulang trofi Selebriti Wanita Paling Bergaya.

 

 

Kategori Pasangan Selebriti Pilihan pula dimenangi oleh tidak lain tidak bukan semestinya Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Sempat memuat naik gambar mereka di Instagram dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminatnya yang tidak henti menyokong mereka dari dulu sehingga sekarang. Pada masa yang sama, pasangan ini turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5.

 

 

Dengan kehadiran selebriti-selebriti ternama serta rakan media, acara anugerah tahunan EH! ini nyata mendapat sambutan hangat. Antara selebriti yang turut hadir termasuklah pasangan Fattah Amin, Izara Aishah, Elfira Loy, DeFam serta rakan media HLive dan ramai lagi.

 

Undian untuk anugerah Stail EH! ini sebenarnya telah berlangsung selama sebulan yang lalu dan semua pemenang dipilih menurut undian yang tertinggi dari peminat-peminat.

 

Ketika berlangsungnya upacara penganugerahan malam tadi, tetamu turut dipersembahkan dengan persembahan dari Ayda Jebat yang membawa lagu Nakal, Nakal, Nakal, Nazim Othman dengan single terbarunya berjudul Kerana Cinta, Dayang Nurfaizah dengan lagu Separuh Matiku Bercinta, Altimet untuk Seru dan Amboi Amboi Amboi serta dihiburkan dengan muzik yang diputar oleh DJ Nas-T. Hunny Madu pula telah dipilih untuk mengacarakan majlis malam anugerah ini.

 

Acara anugerah Stail EH! ini ditaja oleh OPPO, Ruyi & Lyn, HLive, Sothys, Muasmo dan Magnum. Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Stail EH! 2017.

1 of 32
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

Copy link