Shaheizy Sam dan Syatilla Sah Sebagai Suami Isteri

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: Instagram TV9 Malaysia

 

 

Screen Shot 2016-02-09 at 3.19.35 AM

Gambar: Instagram Syatilla Melvin

 

Dengan sekali lafaz, Syatilla Melvin sah menjadi isteri kepada pelakon bintang popular, Shaheizy Sam. Sam dan Syatilla selamat diijab kabulkan pada pukul 9 malam, 8 Februari 2016 di kediaman keluarga Syatilla yang terletak di Jadi, Pulau Pinang.

 

Majlis yang serba indah mengikat kedua-dua pasangan ini disaksikan ahli keluarga dan saudara terdekat Sam dan Syatilla.

 

Pasangan yang sama cocok sama padan ini dinikahkah oleh jurunikah Datuk Ellias Zakaria yang juga merupakan Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM) dan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah sebagai wali.

 

Sam memberikan Syatilla mas kahwin RM10,082 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak Syatilla.

 

Sejurus selesai majlis pernikahan dan sesi menyarung cincin, Syatilla dikejutkan dengan insiden yang tidak diduga apabila secara tiba-tiba Sam yang baru sahaja bergelar suaminya jatuh pengsan di hadapannya berserta barisan lensa kamera pihak media.

 

Ianya adalah satu gimik yang dirancang oleh Sam dan ahli keluarganya untuk membuat kejutan kedua kepada Syatilla yang turut menyambut hari lahirnya pada hari pernikahan mereka ini.

 

Majlis resepsi mereka dijadualkan diadakan di Bukit Jawi Golf Villa pada hari ini bagi sebelah pihak perempuan. Resepsi di sebelah Sam pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari nanti. Bahkan, satu majlis istimewa buat peminat juga akan diadakan kelak.

 

EH! mengucapkan selamat pengantin baru buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Semoga ikatan suami isteri ini kekal bahagia selamanya dan dilimpahi dengan rahmat dan lindunganNya.

EH! kongsikan gambar di sekitar majlis pernikahan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

 

[soliloquy slug=”shaheizy-sam-syatilla-melvin-nikah”]

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link