Demi Naelofar Hijab, Neelofa Sah Tarik Diri Sertai Anugerah Bintang Popular

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan penarikan dirinya dari terus tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ini dan juga edisi mendatang.

 

Gambar: MalayMail

 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Neelofa di laman Twitter miliknya, pengumuman penarikan diri itu berlaku disebabkan komitmen kerja serta beberapa hal berkaitan perniagaan miliknya.

 

 

Menurut Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, beliau terpaksa berbuat demikian kerana sukar untuk memberi tumpuan yang seimbang terhadap karier seni dan juga perniagaannya “Naelofar Hijab”.

 

Tambahnya lagi, beliau bukan menarik diri sepenuhnya, namun andai tidak lagi sibuk dengan pengurusan perniagaan syarikatnya, beliau akan kembali aktif dalam bidang seni dan muncul semula di anugerah berprestij itu.

 

 

Gambar: MalayMail

 

 

Meskipun tidak bertanding untuk tahun ini dan tahun hadapan, lofa sekali lagi tampil untuk turut memberi sokongan dan mendoakan agar ABPBH terus megah dalam penganjuran edisi mendatang.

 

 

Gambar: BeautifulNara

 

 

Terdahulu, Lofa pernah mengungguli gelaran Bintang Paling Popular di ABPBH 29 dan meraih trofi Pengacara TV Popular sebanyak lima kali berturut-turut dari ABPBH 27 hingga ABPBH 31.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link