Tumbuk dan Cekik Bekas Tunang, Syafie Naswip Ditahan Polis

Desas desus keretakan hubungan Syafie Naswip dan bekas tunangnya Aishah Azman mula dihidu netizen selepas kedua-dua mereka difahamkan memadam foto “bersama” di laman Instagram.

 

Gambar: mStar

 

Lebih mengejutkan, Aishah dalam laporannya mendakwa bekas tunangnya itu datang ke kediamannya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira jam 9 pagi dan berlaku pertengkaran antara mereka di dalam kereta.

 

Memetik laporan daripada Rotikaya, Syafie didakwa mengeluarkan kata-kata kesat tehadap Aishah sebelum bertindak mencekik leher dan menumbuk muka beliau.

 

Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca apabila Aishah yang juga adik kepada pelakon Afiq Muiz itu menasihati Syafie supaya meninggalkan satu sifat buruk dirinya.

 

Meskipun begitu, Aishah yang enggan mengulas mengenai dakwaan berkenaan dikatakan lambat membuat laporan kerana mahu menyelesaikan kes ini secara baik namun gagal kerana bekas tunangnya itu didakwa bertindak berlebihan.

 

Gambar: hangat.com

 

Dalam pada itu, Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip sah ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya selepas diambil keterangan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.

 

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu disahkan putus pada 21 Julai atas alasan tidak mampu melalui dugaan dalam tempoh pertunangan.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link