“We both realize that we are stronger together than we are as individuals.” – Victoria Beckham

Isteri kepada bekas pemain bola dunia, David Beckham menyatakan yang mana selama 20 tahun berkahwin, mereka belajar banyak perkara tentang kekeluargaan sebenar.

 

 

Laman sosial kecoh memperkatakan tentang keluarga Beckham yang menjadi muka depan majalah British Vogue untuk isu Oktober. Kali ini, kesemua ahli keluarga Beckham nyata menjadi perhatian dunia kerana keutuhan keluarga tersebut yang boleh dilihat pabila usia perkahwinan Victoria dan David Beckham kini telah memasuki dua dekad.

 

Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan jelas yang mana keempat-empat anak Beckham ini mewarisi aura fesyen ibunya, Victoria. Harper Seven, 7, Cruz David, 13, Romeo James, 16 dan Brooklyn Joseph, 19 bersama ibunya menghiasi muka depan Vogue yang turut ditemani anjing peliharaan mereka yang bernama Olive ketika sesi bergambar di luar kediaman, serta memperlihatkan aktiviti musim panas yang mereka lakukan.

 

 

Bercakap dalam sesi interviu, Victoria menyatakan yang mana Harper telah boleh berlari di Alaïa platform sejak usianya 3 tahun lagi tetapi memakai kasut tumit tinggi atau bersolek di luar rumah.

 

“On one hand, she’s quite girly, but on the other hand she has three big brothers and likes to run around and play football. She’s not scared of being pushed over,” jelas Victoria mengatakan yang anaknya yang paling muda itu mahu menjadi seorang pereka cipta.

 

Dalam gambar kedua untuk dua muka surat yang ditangkap oleh Mikael Jansson, anak-anak Beckham itu dilihat mengacukan senapang air antara satu sama lain sementara ibu bapa mereka bersantai di atas rerumput.

 

“But these things have a wider effect on the people around us, and that’s unfair,” akuinya.

 

“We both realize that we are stronger together than we are as individuals. Would either of us be in the position that we are in now had we not met and been together all those years ago? It’s all about the family unit. We are much stronger, the six of us, than we would be if we were individuals. We respect that family bond and that is key,” kata Victoria kepada Vogue.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link