Zahid, Linda Hashim dan Beego Kahwin Jun Ini

Pra-Perkahwinan-Beego-Linda-Hashim 1

Gambar pra-perkahwinan Linda Hashim & Beego: Rotikaya

 
Lagi selebriti yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Linda Hashim dan Beego yang bakal berkahwin pada 6 Jun ini di Wangsa Maju dan merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada malam berikutnya di Dataran Karyawan Finas, Hulu Klang. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.

 

Pra-Perkahwinan-Beego-Linda-Hashim 2

Gambar pra-perkahwinan Linda Hashim & Beego: Rotikaya

 

Selain daripada itu, penyanyi dan penyampai radio Era.fm, Zahid Baharudin atau Zahid AF2 juga bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Sarah Julifa, 7 Jun ini. Kedua-dua majlis bakal berlangsung di Teluk Intan. Zahid dan Zalifa kenal menerusi laman social Twitter dan memilih untuk bercinta selepas berkahwin. Zahid menyukai Sarah kerana dia seorang yang ringkas, pandai memasak dan banyak mengatur kehidupannya. Zahid telah merisik Sarah pada Disember tahun lalu.

 

Beego-Linda-Hashim 3Gambar: Ohbulan

 

Share via
Copy link