Inovasi Baru Apple

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: Apple

 

capture-20150910-163930

 

Apple jenama produk teknologi gergasi dunia tampilkan rekaan inovatif terbaru kepada pasaran IT dunia dengan iPhone 6S & 6S Plus, iPad Pro, serta Apple TV. Pelancaran produk terbaru dari Apple ini berlangsung di San Francisco semalam.

 

EH! senaraikan ciri-ciri ciptaan inovasi tinggi terkini dari Apple.

 

iPhone 6S & 6S Plus

 

capture-20150910-163050

 

Sentuhan 3D – Memudahkan pengguna dalam melakukan pelbagai perkara dengan hanya melalui dua kali sentuhan.

 

Kamera – Kebolehan kamera iSight dengan resolusi 12 megapiksel. Ianya direka dengan kebolehan memainkan video 4K, lebih 4 kali ganda resolusi 1080p video HD. Terkini, Live Photos merupakan cara terbaru untuk merakamkan memori kesukaan anda. Ia menangkap momen sebelum dan selepas gambar serta menghasilkan ia dalam bentuk pergerakan hanya dengan penekanan jari ke atasnya.

 

A9 – Direka dengan 64-bit cip A9 yang hanya boleh dijumpai digunakan dalam komputer. Anda akan merasakan kepantasan sebanyak 70% kelajuan CPU, serta lebih dari 90% pantas GPU untuk semua grafik sama ada permainan atau aplikasi.

 

Struktur yang kukuh – Dihasilkan dengan kepingan aloi terbaru 7000 siri aluminium, yang mana turut digunakan dalam industri angkasa lepas. Lapisan gelas paparan yang lebih kuat berbanding dari telefon pintar yang lain.

 

Touch ID – Menggunakan sensor yang terpantas dan lebih baik untuk memudahkan pengguna membuka kekunci iPhone dengan selamat dan mudah. Bahkan ianya membenarkan pengguna untuk menggunakan Apple Pay di dalam lebih jutaan kedai serta aplikasi yang turut sama menerima sistem ini untuk pembelian atas talian.

 

iOS 9 – Dikatakan sistem pemproses yang paling terhebat dan pintar di dunia. Dengan aplikasi terhangat, perkenalan atas ciri-ciri baru Siri dan sistem yang terpantas.

 

iPad Pro

capture-20150910-164333

 

Skrin Paparan Retina – Dengan 5.6 juta piksel, iPad Pro bercirikan resolusi tertinggi berbanding skrin paparan retina yang lain. Skrin bersaiz 12.9 inci memudahkan segala kerja anda dengan- menghasilkan 4k video, mahupun menjalankan proses jual beli.

 

Cip A9 – Merupakan cip generasi ke-3. Lebih dari 1.8 kali ganda kelajuan CPU dan persembahan grafik yang lebih dua kali ganda hebat.

 

Reka Bentuk – Lebih nipis dan ringan. Ketebalan 6.9mm dan seberat 1.57 paun. Ianya lebih kuat, seimbang dan kukuh.

 

4 Pembesar Suara – 3 kali ganda output akustik dari iPad Air. Jadi tidak kisah sama ada anda bermain permainan atau menonton filem, bunyi dari iPad Pro lebih mendalam dari biasa.

 

 

smart_keyboard_large

 

 

Papan Kekunci – Smart Keyboard adalah teknologi terbaru  dari Apple. Ianya saiz papan kunci yang cukup lengkap dan mudah alih serta boleh disambungkan kepada iPad Pro dengan Smart Connector.

 

Apple Pencil untuk iPad Pro

 

 

capture-20150910-163806

 

 

capture-20150910-163717

 

Ianya direka untuk memudahkan lagi aktiviti kerja di atas iPad Pro.

 

Apple TV

 

capture-20150910-162755

 

 

Ianya satu inovatif paling besar yang Apple bawakan dengan menggabungkan segala jenis kemudahan di dalam Apple TV. Ianya direka dengan hiburan yang mana segalanya boleh dicari menggunakan Apple TV. Dengan bantuan Siri yang turut direka dalam ciri-ciri baru Apple TV, pencarian saluran tv, program tv dan macam-macam lagi lebih mudah dan menjimatkan masa. Melalui Siri Remote yang hadir bersama Apple TV, ianya memudahkan anda berinteraksi dengan pembantu persendirian digital ini. Bahkan, anda boleh menikmati aplikasi dan permainan di Apple TV dengan lebih lancar.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link