YSL Beaute Bakal Buka Cawangan Di Johor Bahru

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Bersempena dengan Hari 520 yang disambut di China sebagai “Hari Cinta” pada 20 Mei, peminat-peminat YSL Beaute di Johor akan menjadi kumpulan pertama yang memiliki koleksi terbaharu gincu jenama itu iaitu Rouge Pur Couture Cap melalui pre-sale eksklusif yang diadakan istimewa di cawangan Johor Bahru.

 

 

Rouge Pur Couture Cap merupakan inovasi rangkaian gincu Rouge Pur Couture yang diperbaharui dengan tiga rona ikonik yang diinspirasikan daripada sutera milik Yves Saint Laurent.

 

Simbol hati yang terukir pada penutup gincu itu merupakan salah satu elemen ikonik yang melambangkan Yves Saint Laurent dan dikaitkan dengan tiga rona koral baharu iaitu Coral Catch, Coral Match, dan Coral Clash.

 

Kini peminat-peminat jenama YSL Beaute di Johor tidak perlu lagi merantau sehingga ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan produk yang diingini kerana jenama mewah Paris ini bakal membuka cawangan butik di Mid Valley Southkey Megamall pada 23 April 2019.

 

Berkeluasan 777 kaki persegi dengan dekorasi moden minimalis yang memfokuskan kepada rona monokrom, butik YSL Beaute di Johor Bahru mengekalkan nilai estetika yang terdapat di cawangan YSL Beaute di seluruh dunia.

 

 

Rangkaian produk yang laris seperti Touche Eclat concealer dan bedak asas kusyen Le Cushion Encre De Peau akan dipamerkan di ruangan “minimalist architecture, maximalist effect” yang sejajar dengan visi YSL Beaute.

 

Butik YSL Beaute cawangan Johor Bahru juga akan menempatkan bahagian Gifting & Engraving yang menyediakan khidmat ukiran peribadi pada produk kegemaran anda.

 

Buat para peminat YSL Beaute di Johor, jangan lupa untuk mengunjungi cawangan terdekat anda beralamat di: Lot G-030, The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southkey 1, Southkey, Johor Bahru 80150.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link