Bibir Mungil Berkilau Maksimum Dengan Produk Ini Bak Bella Hadid

Pernah tak anda mempunyai impian untuk merealisasikan bibir seksi mungil bak Bella Hadid? Kalau anda ingin tahu rahsianya, ini jawapannya.

 

 

Tahun ini, jenama ternama dunia, DIOR mendedahkan rahsia sebenar di sebalik look yang dihasilkan dari belakang pentas untuk model peragaan mereka. Jawapannya adalah LIP MAXIMIZER STAR PLUMPER terbaharu. Produk ikonik ini dikatakan seakan menjadi kawan baik buat jurumekap dan pilihan di kalangan model ternama termasuklah Bella Hadid. Kini, formula ultra-care ini tampil dengan tona lebih segar baharu untuk efek yang lebih mengujakan serta berkilau maksimum.

 

 

Bukan itu sahaja, malah kali ini DIOR menambah lagi produk terbaharu ke dalam backstage pros lips family iaitu LIP GLOW TO THE MAX yang mana turut berformula penjagaan untuk bibir yang datang dalam bentuk dual-toned stick yang menggabungkan dua facets memukau ; satu kaya dengan tinggi pigmen, satu lagi memberikan kilauan gemerlapan.

 

 

Kedua-dua produk ini merupakan yang terbaharu dari Peter Philips (Creative and Image Director for DIOR Makeup) yang mana sebahagian adalah untuk penjagaan bibir manakala sebahagian lagi berfungsi sebagai solekan.

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

LIP MAXIMIZER

 

 

Dengan kehebatan dan kerja keras makmal DIOR, rumah kecantikan teragung ini akhirnya berjaya menghasilkan lip plumper yang mana pada masa yang sama menjaga bibir agar sentiasa selesa dan berkilau untuk efek bibir mungil seperti yang diidamkan ramai wanita. Asid hyaluronic memainkan peranan utama di dalam produk ini yang mana ia menghasilkan perlindungan untuk kulit yang mengekalkan air dan membantu memastikan permukaan bibir 24 jam cukup hidrat. Lip Maximizer juga serta-merta menambah 29 peratus volum bibir untuk efek mungil pada kegunaan harian. Bahkan, hari ke hari bibir akan lebih lembut dengan kesan 86 peratus selepas empat minggu menggunakannya. Untuk Lip Maximizer, rangkaian rona ikonik yang menjadi kesukaan Bella Hadid adalah pink, raspberry, berry, coral dan rosewood, universal dan super sensual nude. Untuk tona Holografik, Holo Pink dan Holo Purple yang mampu menangkap cahaya dan menghasilkan bibir berkilau.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link