Bibir Mungil Berkilau Maksimum Dengan Produk Ini Bak Bella Hadid

Pernah tak anda mempunyai impian untuk merealisasikan bibir seksi mungil bak Bella Hadid? Kalau anda ingin tahu rahsianya, ini jawapannya.

 

https://www.youtube.com/watch?v=VYz3Z0QGeTs&feature=youtu.be

 

Tahun ini, jenama ternama dunia, DIOR mendedahkan rahsia sebenar di sebalik look yang dihasilkan dari belakang pentas untuk model peragaan mereka. Jawapannya adalah LIP MAXIMIZER STAR PLUMPER terbaharu. Produk ikonik ini dikatakan seakan menjadi kawan baik buat jurumekap dan pilihan di kalangan model ternama termasuklah Bella Hadid. Kini, formula ultra-care ini tampil dengan tona lebih segar baharu untuk efek yang lebih mengujakan serta berkilau maksimum.

 

 

Bukan itu sahaja, malah kali ini DIOR menambah lagi produk terbaharu ke dalam backstage pros lips family iaitu LIP GLOW TO THE MAX yang mana turut berformula penjagaan untuk bibir yang datang dalam bentuk dual-toned stick yang menggabungkan dua facets memukau ; satu kaya dengan tinggi pigmen, satu lagi memberikan kilauan gemerlapan.

 

 

Kedua-dua produk ini merupakan yang terbaharu dari Peter Philips (Creative and Image Director for DIOR Makeup) yang mana sebahagian adalah untuk penjagaan bibir manakala sebahagian lagi berfungsi sebagai solekan.

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

LIP GLOW TO THE MAX

 

 

Lip Glow To The Max baharu ini hadir dalam tiub signature pink. Ia dihasilkan dengan bercirikan ekstrem konsentrasi dalam hue yang lebih terang, dua kali ganda dari rona asli Lip Glow 001. Dengan teknologi color reviver yang menggunakan molekul eosine yang menyeimbangi dengan tahap PH bibir, ia menghasilkan hue yang cukup memukau. Malah ia juga berformulakan hidrat untuk 24 jam. Ia hadir dengan beberapa rona, duo candy-swirl Lip Glow To The Max hadir dengan dua kemasan terakhir. Lima rona dari rangkain Pink ke Berry dan ia mampu menghasilkan efek gebu yang membuatkan bibir kelihatan baru dikucup. Dua lagi tambahan rona adalah Holo Pink dan Holo Purple yang menonjolkan permukaan bibir berseri secara holografik.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link