Brazilian Wax Buat Kali Pertama

Kulit yang licin tanpa bulu roma merupakan sesuatu yang penting bagi kaum wanita. Menggunakan pencukur atau krim memang selalu diamalkan tetapi kesannya tidaklah lama. Bagi yang berkemampuan, rawatan laser untuk menghilangkan bulu roma adalah pilihan utama. Namun bagi yang kurang berkemampuan dan mahukan kesan yang agak lama, proses salutan lilin atau wax merupakan pilihan yang terbaik. Tetapi boleh atau tidak teknik ini digunakan untuk menghilangkan bulu ari-ari wanita?

Rawatan salutan lilin Brazilian atau Brazilian Wax telah diperkenalkan di New York, Amerika Syarikat pada tahun 1987 dan terus popular sebagai cara utama wanita di sana untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa bulu ari-ari di bahagian sulit mereka. Ia mampu bertahan dari 3 hingga ke 6 minggu berbanding dengan penggunaan pencukur yang hanya mampu bertahan sehingga 2 minggu sahaja. Bagi mereka yang ingin mencuba teknik ini, kami ada beberapa tip untuk anda:

1. Untuk pertama kali, teknik Brazilian Wax ini mungkin menyakitkan. Ada sesetangah orang mengambil ubat anti radang seperti Advil, sejam sebelum memulakannya untuk mengurangkan kesakitan. Lebih kerap anda melakukan prosedur ini, lebih kurang kesakitannya.

RAHSIA JADI CANTIK SEPERTI DEBORAH HENRY >>

2. Trim dahulu bulu di bahagian sulit anda kerana Brazilian Wax hanya mampu menanggalkan bulu yang panjangnya 1/4 inci sahaja. Sekiranya bulu ari-ari anda lebih panjang daripada 1/4 inci, proses ini akan menjadi lebih menyakitkan dan kurang berkesan.

CARA MENDAPATKAN KAKI CANTIK & SEKSI >>

3. 24 jam sebelum dan selepas menjalani proses Brazilian Wax, jangan mandi air panas atau kolam yang berklorin untuk mengelakkan radang pada alat sulit anda.

5 LANGKAH TRANSFORMASI CANTIK >>

4. Lakukannya seminggu selepas period kerana pada masa itu badan anda kurang sensitif pada kesakitan.

CARA JADI SEKSI TANPA MENDEDAHKAN ASET ANDA >>

5. Salah satu cara untuk mengurangkan rasa sakit adalah dengan batuk ketika wax ditanggalkan. Ia dapat mengalihkan perhatian anda daripada prosedur yang sedang dijalankan.

Share via
Copy link