Cantik Dengan Bahan Natural

Teks : Razin Mohd

 

Memelihara kulit dengan menggunakan bahan semula jadi harus diutamakan, ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga baik buat penggunaan masa panjang.

 

Gambar : Shutterstock

 

Memelihara alam sekitar bukan sahaja memelihara persekitaran dari sampah tetapi juga penggunaan kimia yang turut mengganggu hidupan bumi seperti binatang dan alam persekitaran. EH! amat menyokong gaya hidup positif ini dan kerana itu kami mahu tampilkan beberapa produk dengan intipati semula jadi yang baik buat penjagaan kulit, bayi dan alam sekitar daripada Organique by Olinda Spring!

 

KHAS BUAT BAYI DAN KANAK-KANAK

Penggunaan produk mandian bayi sememangnya patut diperiksa semula tentang bahan-bahan yang digunakan, ini adalah kerana kulit bayi baru lahir memiliki kondisi yang halus dan sensitif. Seperti yang ada pada rangkaian penjagaan tubuh bayi dari Organique, ia memberi menyalurkan bahan-bahan semula jadi yang baik, ringan dan memberi penghidratan kulit bayi.

 

[envira-gallery id=”120412″]

 

MANDIAN SEGAR

Buih mandian yang harum sahaja tidak menjamin kesihatan dan kebersihan kulit, Organique tampil dengan buih mandian Citrus Shower Gel yang memberi hasil kulit lebih lembut, segar dan terhidrat. Begitu juga buat syampu dan perapi rambut Citrus Revitalizing Shampoo dan Citrus Revitalizing Conditioner yang baik dalam merawat rambut rosak dan melembutkan kulit.

 

[envira-gallery id=”120414″]

 

PERAPI KULIT WAJAH

 

[envira-gallery id=”120416″]

 

Organique prihatin tentang penggunaan produk kecantikan dalam masa panjang dan hadir dengan produk magis yang kaya dengan bahan natural. Antara tiga pilihan EH! adalah Organique Precious Age-Reverse Eye Cream, krim bahagian mata ini memelihara kulit bawah mata yang nipis dengan menyamarkan kedutan halus, kedua adalah Organique Rehydrate Facial Serum, ia menyalurkan khasiat yang diperlukan oleh kulit juga memberi penghidratan kulit yang berpanjangan. Ketiga Organique Whitening Facial Serum, ia mengawal semula pigmentasi kulit seterusnya memberi hasil ton kulit yang lebih sekata.

 

ISTIMEWA!

Dapatkan satu botol Penyembur wajah eksklusif Organique Rose Mist di KL Gateway Mall, Robinsons FSKL dan Atria Shopping Gallery!

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link