Cara Terbaik Memilih Haruman Minyak Wangi Yang Serasi Dengan Diri

Boleh dikatakan mustahil jika ada yang menyatakan “tiada wangian sesuai dengan saya”, pelbagai jenis wangian yang ditawarkan di pasaran pasti ada satu yang serasi. Baik dari segi nota harumannya, jenama, harga dan bentuk botol yang menawan menjadi pilihan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Jika masih kurang pasti, ketahui haruman yang bagaimana dan tip pemilihan wangian tepat!

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Membeli wangian

Apabila anda dalam satu misi iaitu membeli haruman, cuba haruman yang disembur pada kertas terlebih dahulu. Hidunya beberapa kali namun jangan sehingga menyentuh hidung. Apabila wangian tersentuh kulit, ia akan mengganggu aroma wangian lain.

 

Jangan terlalu mengambil nafas yang dalam ketika menghidunya, lakukan sambil lalu kemudian amatinya beberapa ketika. Apabila anda sudah pasti dengan sesuatu haruman barulah anda menyemburnya pada kulit, yakni di pergelangan tangan.

 

Elakkan menggosok-gosok dengan terlalu kuat, ia akan mengganggu aroma sebenar wangian. Anda juga boleh meminta haruman sampel untuk dibawa pulang. Semburkan wangian itu pada waktu pagi dan biarkan sepanjang hari, jika sepanjang hari itu anda selesa dan suka dengan aromanya maka tibalah masa untuk membeli.

Share via
Copy link