“Tak Sabar Memasuki Usia 50,” Fauziah Latiff

Text: Azliany Mohamad / Foto: Keen Keong / Arahan Seni: Yantie / Solekan: Emmy Agung menggunakan Laura Mercier / Dandanan: Juno Ko

 

“Proses penuaan merupakan satu proses perjalanan yang menyeronokkan untuk dilalui. Saya enjoy melalui proses ini.”- Fauziah Latiff

 

Saat melihat kelibat penyanyi Fauziah Latiff, terasa bagai tidak percaya bahawa saya akan melakukan sesi penggambaran bersama pelantun suara lagu Teratai Layu Di Tasik Madu. Semuanya bermula apabila editor saya memberi cadangan untuk memanggil legenda pop ini.
Hadir ke studio dengan gaya yang serba ringkas; blaus putih berganding denim biru. Penampilannya diserikan dengan lilitan scarf di leher. Dia murahs ekali dengan senyuman, wajahnya cantik bagai tidak dimakan usia.

Bercerita tentang kecantikan, memanggilnya dengan panggilan Kak Gee, dia yang berusia 47 tahun mengamalkan rutin penjagaan kulit yang ringkas dan tidak rumit. Bila ditanya sejak bila mula bersolek, ini jawapannya “Saya telah menceburi bidang industri ini sejak umur 15 tahun dan saya bertuah kerana berkesempatan untuk berkerjasama dengan ramai jurusolek yang berbakat. Setiap jurusolek mempunyai sentuhan yang berbeza dari situ saya melihat dan belajar. Dalam soal solekan dan seni, saya seorang yang berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan fun”.

 

Text: Azliany Mohamad / Foto: Keen Keong / Arahan Seni: Yantie / Solekan: Emmy Agung menggunakan Laura Mercier / Dandanan: Juno Ko

 

Berbicara tentang proses penuaan Kak Gee memberi tahu dirinya tidak sabar untuk memasuki umur 50 tahun. “I’m looking forward when I’m 50. Saya mula berfikir sekiranya masih dikurniakan kesihatan yang sihat, apa yang patut saya lakukan. Selain itu jangan takut atau hadkan diri anda untuk mencuba perkara yang ingin anda lakukan.”

“Ia merupakan pengalaman tentang kehidupan dan bukan sahaja tentang diri kita tetapi berkaitan dengan persekitaran supaya dapat menjadi lebih baik dari segi dalam dan minda kita.”
Tentang khabar kerjaya seninya, dia kini beliau sibuk dalam proses penghasilan single terbaru yang dijangkakan akan keluar pada akhit tahun ini.

1. Maksud Cantik?

Pada saya cantik itu adalah memandang, mendengar, merasa, menghidu dan pertuturan yang baik.

2.Siapakah ikon cantik anda?

Audrey Hepburn. Dia banyak memberi inspirasi kepada saya dan ramai wanita berkaitan kecantikan dan untuk menjadi seorang wanita yang kuat.

3. Apakah alat solek yang selalu dibeli dan kali terakhir membelinya?

Glos bibir. Baru minggu lepas saya membelinya.

4. Apakah produk kecantikan yang mesti ada dalam beg?

Saya jarang bawa produk dalam beg. Selalunya saya akan bersiap sebelum keluar rumah tapi itupun asas sahaja. Saya hanya pakai maskara, bedak tabur dan glos bibir.

5. Jika bersolek sendiri, apa yang anda utamakan?

Bulu mata, mesti disapu maskara.

6. Apakah kesilapan paling besar tentang solekan yang pernah anda lakukan?

Banyak. Terutamanya bila dalam kesuntukan masa dan kelam kabut.

7. Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?

Sangat mudah. Saya suka biarkan kulit saya bebas dari bahan kimia. Saya hanya memakai penyegar, serum dan krim mata seminggu sekali. Selain dari itu, seperti biasa saya akan mencuci, memakai pelembap dan mengutamakan urutan wajah.

8. Petua atau rahsia untuk kekal muda?

Saya amalkan proses pengelupasan menggunakan bahan- bahan semula jadi yang mudah didapati dalam rumah seperti kopi, beras dan lain-lain.

9. Bagaimana pula dari segi pemakanan?

Saya sangat teruk dalam soal pemakanan. Saya tidak amalkan sebarang diet. Sekarang baru berjinak-jinak untuk berdiet tapi bukan diet untuk kurus sebaliknya diet untuk kesihatan tubuh badan.

10. Senaman yang selalu dilakukan bagi menjaga kecergasan tubuh badan?

Sekali-sekala saya suka menyelam.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link