Eksperimen Warna Cinta

“Anda mungkin boleh terinspirasi daripada foto yang sudah tersedia ada, tetapi dengan menghasilkan inspirasi tersebut secara tersendiri, ia bakal melahirkan dimensi baharu pada proses pembikinan tersebut, dan nyata lebih mengujakan…” – Lucia Pica

 

 

Koleksi kosmetik Chanel musim luruh/sejuk 2017 melangkah masuk dengan satu eksperimentasi yang unik dan diluar akal pemikiran. Chanel Global Creative Makeup and Color Designer, Lucia Pica memulakan pengembaraanya di California dengan satu idea baharu dalam meneroka warna menerusi cahaya matahari terbit dan terbenam juga cahaya-cahaya yang bergemerlapan menerangi kota Los Angeles.

1 of 4

LES 4 OMBRES

 

 

 

“I’m so passionate about each color, I care so much and think it’s important that vibrancy comes through.” Koleksi musim ini hadir dalam pilihan warna juga kombinasi diluar kotak pemikiran, ia merupakan kombinasi warna yang bebas dan mendalam, contohnya yang ada pada pembayang mata LES 4 OMBRES ROAD MOVIE; warna hijau kebiruan laut dan tembaga dalam kemasan satin juga stone beige dan biru kehijauan malap dalam kemasan pusam.

Artikel Berkaitan

Copy link