Eksperimen Warna Cinta

“Anda mungkin boleh terinspirasi daripada foto yang sudah tersedia ada, tetapi dengan menghasilkan inspirasi tersebut secara tersendiri, ia bakal melahirkan dimensi baharu pada proses pembikinan tersebut, dan nyata lebih mengujakan…” – Lucia Pica

 

 

Koleksi kosmetik Chanel musim luruh/sejuk 2017 melangkah masuk dengan satu eksperimentasi yang unik dan diluar akal pemikiran. Chanel Global Creative Makeup and Color Designer, Lucia Pica memulakan pengembaraanya di California dengan satu idea baharu dalam meneroka warna menerusi cahaya matahari terbit dan terbenam juga cahaya-cahaya yang bergemerlapan menerangi kota Los Angeles.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

ROUGE ALLURE INK, ROUGE ALLURE VELVET & ROUGE COCO

 

 

Dan seterusnya untuk bibir! Musim luruh/sejuk tahun ini Lucia Pica berkesperimen dengan warna juga fleksibelitinya untuk digunakan pada bila-bila masa. Item wajib ini tampil dengan palet dan tekstur yang berbeza-beza, misalnya buat penggayaan di siang hari, calitan gincu yang lembap dan berkrim ROUGE COCO dalam warna DAYLIGHT atau ROUGE ALLURE INK dalam warna HIGHWAY pasti jadi pilihan yang tepat! Manakala ROUGE ALLURE VELVET dalam warna NIGHTFALL sesuai buat solekan glamor waktu malam.

 

Artikel Berkaitan

Copy link