10 Soalan Cantik Bersama Datin Alyah

Solekan: Bosco Menggunakan Nars Cosmetic Studio 54 Holiday Collection / Hijab: Iera Nadzlim / Topi : Arte De Narmi / Pakaian : Zara

Terkenal dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan emosi, Datin Alyah sememangnya mempunyai aura tersendiri dalam menyampaikan cerita sesebuah lagu. Alyah juga terkenal dengan penampilan dan solekan yang bold terutamannya dengan mainan rona gincu bibir.

Kesempatan untuk berbicara bersamanya, Alyah memberitahu dia mula memakai solekan dari kecil iaitu pada usia 13 tahun. “Saya mula bersolek ketika umur saya 13 tahun untuk pertandingan nyanyian di kampung halaman. Saya menggunakan alat solek semak saya. Pada masa itu tiada Youtube, saya hanya memerhatikan cara emak saya bersolek dan belajar dari situ. Apa yang emak saya guna saya juga akan pakai pada wajah” tambahnya.

Selain itu, penyanyi yang sedang hangat dengan lagu ‘Meluruh’ ini sedang mempelajari dan ‘ketagih’ tentang haruman memberitahu dia akan melancarkan rangkaian haruman terbarunya iaitu Queen Alyah pada bulan ini iaitu Black Swan dan White Swan.

 

1. Maksud cantik bagi anda?

Cantik itu sihat. Dalaman dan luaran perlulah sihat dan bersih agar ia kelihatan cantik secara semula jadi tanpa perlu menggunakan sebarangan solekan.

 

2. Ikon cantik anda?

Siti Khadijah binti Khuwailid & Maryam.

 

3. Bagaimana anda menjaga kulit wajah anda?

Sejujurnya saya hanya mengamalkan rutin penjagaan yang biasa iaitu mencuci dan memakai pelembap wajah. Cuma saya banyakkan meminum air suam. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit, badan tetapi untuk suara saya.

 

4. Bagaimana dengan penjagaan rambut berhijab yang diamalkan agar rambut kekal sihat?

Pastikan sebelum memakai hijab, rambut dan kulit kepala mestilah betul-betul kering. Saya juga akan mencuci rambut setiap hari jika tidak rambut saya akan berminyak dan memberikan efek pada solekan saya terutamanya jika saya mempunyai sebarang acara yang perlu saya hadiri atau penggambaran.

 

5.Berapa kerap melakukan rawatan profesional?

Seminggu sekali tetapi jika saya sibuk saya akan lakukan sebulan sekali.

 

6. Tip penjagaan wajah, tubuh dan rambut turun temurun yang anda pelajari dari ibu atau keluarga anda?

Disiplin diri. Arwah nenek saya pernah berkata apa yang kita makan kena jaga. Ibu dan arwah nenek memang sangat menjaga pemakanan. Mereka hanya makan sedikit dan mengamalkan ulam-ulaman dan sayuran hijau.

 

7. Alat solek kegemaran anda?

Sepuluh tahun dulu saya amat menggemari gincu bibir. Sekarang saya suka bedak kompak dan glos bibir.

 

8. Bila kali terakhir anda membeli barang kecantikan?

Dua minggu lepas. Saya membeli bedak kompak dan hair mist.

 

9. Senaman kegemaran anda?

Saya gemar berlari di atas treadmill. Tiada spesifik berapa lama atau jam saya akan berlari, cuma saya akan berlari sehingga saya mencecah kalori sebanyak 300 setiap hari dan selepas itu saya akan berhenti.

 

10. Adakah anda mengamalkan sebarang pengambilan makanan tambahan?

Buat masa sekarang saya tidak mengamalkan sebarang supplement diet. Dulu saya pernah mengambil supplement diet tetapi ia memberi efek pada emosi saya dan saya terus berhenti mengambilnya.

Share via
Copy link