Lima Perkara Yang Menyebabkan Masalah Kulit

 

Tidak dinafikan sesetengah orang telah dikurniakan kulit cantik tidak kiralah dengan penjagaan yang khusus atau tidak. Tetapi untuk sesetengah orang, mungkin agak sukar menjaganya, seperti kulit sensitif, pastinya memerlukan penjagaan yang lebih.

 

Gambar : Shutterstock

 

Asas untuk penjagaan kulit adalah membersih, menyegar dan melembap, namun terdapat beberapa penjagaan lain yang lebih khusus untuk pelbagai masalah kulit. Tetapi sebenarnya biar apa pun yang anda praktikkan untuk penjagaan kulit ia masih akan mengundang masalah jika anda masih mengamalkan perkara ini.

 

Ketahui perkara tersebut di bawah.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Tidak menjaga bahagian leher dan dada

Penjagaan kulit tidak terhenti pada rahang anda. Walaupun leher dan dada bahagian yang kurang terdedah pada cahaya matahari berbanding muka, ia juga berpotensi untuk mengalami masalah penghidratan dan penuaan. Penyelesaiannya senang sahaja, setiap kali anda memakai serum, krim muka atau krim tabir suria, sapukannya sehingga ke leher dan di dada pula sapukan pelembap.

Share via
Copy link