Milly dan Pretty in Prints

Jenama iconic Milly bukan nama asing dalam industri fesyen. Terkenal bersama koleksi rekaan gaya muda, bijak, seksi dan chic, Milly sememangnya digemari ramai fashionista muda. Perekanya, Michelle Smith kini berkolaborasi secara eksklusif bersama Clinique bagi koleksi musim bunga 2011 – Pretty in Prints. EH! kali ini membawa anda mengenali Milly oleh Michelle Smith, pereka yang punya imaginasi smart ini!

Milly dan empayarnya

Menyedari minatnya yang mendalam terhadap bidang fesyen, Michelle menuntut di beberapa institut pengajian termasuk Fashion Institute of Technology New York (FIT). Dahagakan pengalaman, Michelle bekerja di beberapa butik ternama bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di Paris. Antaranya, Hermes, Louis Vuitton, Torrente dan Christian Dior Haute Couture.

Puas menimba pengalaman, Michelle kembali ke tanah air dan mula mencipta empayar Milly, kira-kira sedekad lalu. Kini, rekaannya yang sophisticated turut diminati selebriti A-List seperti Gwyneth Paltrow, Victoria Beckham, Beyonce dan Thandie Newton. Koleksinya juga melayari pusat beli belah eksklusif dunia antaranya  Bergdorf Goodman, Neiman Marcus, Saks Fifth Avenue, Harrods, and Takashimaya.

Ilham Milly untuk Clinique Spring 2011

Kaya dengan gabungan rona cokelat dan merah jingga, Michelle mengilhamkan kreativitinya bertemakan Pretty in Prints bagi koleksi mekap terbaru Clinique (Milly for Clinique Limited Edition Pretty in Prints, RM180). Kolaborasi ini menghasilkan koleksi terhad palet mekap bercorak untuk mata, pipi dan bibir, Long Last Glosswear SPF 15 lip colour in Milly Pink, RM63 dan maskara Volumizing Mascara, RM75 diiringi beg pouch yang direka khas oleh Michelle. Corak dwi warnanya yang sweet dan estetik pastinya menjadikan hari anda lebih ceria!

Saksikan videoclip eksklusif Milly dan Pretty in Prints untuk Clinique Spring 2011 di bawah!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link