Rahsia Penggunaan Berus Wajah untuk Kemasan Asas yang Lebih Sempurna!

Asas solekan yang cantik bukan terserah kepada bedak asas yang digunakan semata, malah penggunaan berus yang tepat juga sama penting untuk memiliki hasil solekan yang memuaskan.

 

 

Baik dari pemakaian bedak asas hinggalah kemasannya seperti pemerah pipi, kontur dan highlight! Bukanlah anda perlu memiliki semua jenis berus yang ada dipasaran, pilih mana yang ‘essential’ dan ‘basic’ untuk kegunaan harian. Jadi berikut adalah berus-berus yang perlu ada untuk menghasilkan asas wajah yang sempurna.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Fenty Beauty Powder Puff Setting Brush RM136

 

 

Berus wajah

 

Untuk pemakaian bedak tabur atau bedak asas kompak. Bulunya lebih halus namun tebal dan tampak gebu agar setiap partikel bedak mampu melitupi sempurna seluruh wajah. Setiap kali anda mengoleskannya pada bedak tabur atau bedak kompak sentiasa hentakkan sedikit agar sapuannya tidak terlalu tebal dan tampak bercapuk.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link