Resolusi Kulit Ain Edruce di Dekad Baru

Kulit yang kekal nampak ‘glowing’ dan dihidrat sempurna semestinya jadi idaman buat setiap wanita terutamanya buat anda yang punya keutamaan dalam kerjaya dan keluarga namun memiliki masa yang terhad. Hal ini seringkali buat wanita moden hari ini terjebak dengan tekanan dan hal itu seterusnya memberi kesan pada kulit, ia lebih mudah untuk tampak kusam, letih dan tampak tidak bermaya.

Chanel percaya bahawa setiap wanita berhak untuk memiliki kulit yang sihat berseri biar apa pun rintangan yang dihadapi, ini merupakan salah satu cara untuk serlahkan cahaya positif dalam diri dan membuat setiap wanita tampak lebih berkeyakinan. Jawapannya ada pada rangkaian kecantikan Hydra Beauty yang diperkaya dengan bahan natural aktif! Ia bukan sahaja memelihara kulit anda tetapi juga memberi pengalaman penjagaan yang lebih selesa, unik dan mewah.

Istimewa untuk pembaca setia, EH! dekati Ain Edruce beberapa hari selepas perkahwinannya Disember lepas dan menerokai empat item yang jadi rutin penjagaan hariannya. Selain berkongsi resolusinya untuk tahun baru 2020 dengan status baru, Ain juga mahu kekal dengan aktiviti kesukaannya, menggalas tanggungjawab sebagai isteri juga tentunya masih ada masa untuk membelai diri sendiri. Untuk anda, kami senaraikan empat item kegemaran Ain  Edruce dalam membelai kulitnya agar terus berseri.

#1 HYDRA BEAUTY MICRO LIQUID ESSENCE

Dihasilkan bersama bahan natural berkuasa Camellia Micro-Droplets, Chanel telah hasilkan satu esen buat kulit wajah agar ia sentiasa lembap dan kemudian mengaktifkan sel kulit supaya tampil lebih segar, selesa dan berseri. Bahan aktif Camellia Alba PFA bersama gabungan bahan anti oksida Blue Ginger PFA di dalam esen ini akan merangsang set kulit untuk dapat mengimbangi semula taraf kelembapannya, begitu juga dalam mengaktifkan penghasilan lipid yang dapat menguatkan semula sel kulit. Kandungan glycerin dan asid hyaluronic pula memastikan kulit kekal terhidrat setiap kali aplikasi. Hanya gunakan lima titik pada tangan dan urut mesra pada kulit wajah. Kulit akan tampil lebih segar, berseri dan lebih anjal dari biasa.

 

#2 HYDRA BEAUTY MICRO GEL YEUX

Bahagian mata adalah antara bahagian kulit yang paling menjadi keutamaan ramai wanita, kerana bahagian ini sensitif dan cepat menimbulkan kesan penuaan. Chanel mahu anda lebih prihatin tentang bahagian ini dan mahu anda gunakan Hryda Beauty Micro Gel Yeux yang meresap dengan pantas, membekalkan kelembapan dan seterusnya memberi kontur mata yang lebih ‘terletak’.

Ini semua adalah kesan dari bahan Camellia Alba PFA, bahan antioksidan Blue Ginger PFA dan bahan istimewa Camellia Alba OFA. Bahan aktif ini membekalkan rasa keanjalan dan seterusnya memberi rasa yang lebih lembut pada kulit. Gel berkuasa ini juga mampu mengurangkan kesan mata sembap dan dengannya mata tampak lebih bertenaga.

 

#3 HYDRA BEAUTY MICRO SERUM

Serum sudah semestinya jadi kemuncak dalam rutin penjagaan kulit wajah dan dengan Hydra Beauty Micro Serum inilah kunci kepada kulit sihat, sempurna lembapan dan berseri. Bersama kandungan utama Camellia Alba PFA dan OFA Micro-Droplet, dan bahan antioksida penting Blue Ginger PFA, Chanel benar-benar prihatin tentang masalah kulit sensitif dengan menghasilkan produk penjagaan yang bebas dari alkohol dan surfaktan.

Kombinasi penghidratan dan perlindungan, aplikasi serum yang selesa bak sutera ini akan menyerlahkan lagi keserian dan kesegaran wajah. Hasil penggunaan yang konsisten anda bakal miliki  kulit wajah yang sihat, anjal dan hidrat.

 

#4 HYDRA BEAUTY MICRO CREME

Dihasilkan bersama bahan utama Camellia Alba PFA, bahan antioksidan Blue Ginger PFA, Chanel mahu anda merasai aplikasi yang sensasi yang ringan pada kulit. Ia juga mampu menghalang kulit dari tekanan dan persekitaran udara dan habuk yang tercemar. Setiap aplikasinya  membekalkan penghidratan selama 24 jam dan hasil penggunaan yang berterusan, krim ini juga mampu memulihara sel kulit untuk tampil lebih anjal dan gebu dari biasa.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link