Rutin cantik yang wajib! Walaupun duduk di rumah

 

Sepanjang waktu PKP ini ada yang rutin hariannya lebih sibuk dan ada juga yang lebih lengang. Tapi yang pasti rutin kecantikan tentunya berbeza dari hari biasa bukan? Ialah dulu selesai mandi terus bersiapkan wajah untuk cuaca di luar, tapi sekarang bila tahu hanya duduk di rumah, cuci wajah pun hanya sekali iaitu sebelum tidur, pelembap apatah lagi kadang-kala dibiar tercicir. Jangan malas! tahu tak udara di dalam rumah dua kali ganda lebih tercemar dari udara luar? Rumah kita lebih mudah untuk memerangkap habuk, hama dan sebagainya dek kerana ruang yang tertutup. Jadi cuci muka itu wajib dua kali sehari, rutin pakai penyegar, serum atau pelembap dan krim tadbir suria itu perlu untuk mengekalkan penghidratan kulit dan selaran UV yang sedikit sebanyak boleh menembusi tingkap. Belum lagi disentuh mengenai penjagaan badan dan rambut, saya percaya ramai juga yang tidak memakai deodoran bukan?

EH! senaraikan 5 produk essential yang anda boleh dapatkan di gedung Sephora secara atas talian sepanjang PKP ini. Jom cuba!

1. Tata Harper Regenerating Cleanser
Untuk kulit kekal bersih dengan hadirnya partikel halus bagi menyingkirkan kotoran. Serasi digunakan setiap hari.

 

2. Alpha-H Hyaluronic 8
Bila kulit terasa kering walaupun tidak keluar rumah, itu tandanya kulit anda terhidrat. Jadi gunakan serum yang mengandungi bahan asid hyaluronik. Ia dapat membantu merawat ‘lipid barrier’ dan menjadikan kulit lembap sempurna.3. Dr. Jart Vital Hydra Solution Biome Water Cream
Penggunaan pelembap yang berasaskan dapat meresap lebih cepat ke dalam kulit. Jadi inilah s.o.s kulit kering untuk anda yang sibuk di rumah.

 

4. IGK Offline 3-Minute Hydration Hair Mask
Hanya curi masa 3 minit saja, anda boleh merawat rambut anda yang selama ini kering, kusut dan tidak bermaya.

 

5. Drunk Elephant Sweet Pitti Deodorant Cream
Akuilah bahawa duduk di rumah pun anda kuat berpeluh juga. Jadi jangan skip langkah ini! Hadir dengan wangian yang ringan serasi untuk dipakai di rumah dan yang pasti ia bebas dari bahan kimia yang merbahaya.

 

 

 

 

Share via
Copy link