Serlahkan Keseksian Anda Dengan Rona Gincu Merah Yang Sesuai Dengan Ton Kulit

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Mahukan efek seksi dengan gincu merah tetapi tidak pasti jenis rona merah yang paling serasi dengan ton kulit anda? Ini jawapannya.

 

Gambar : Google

 

Tidak dinafikan yang rona merah sering dianggap sebagai simbol keberanian dan keseksian, jadi tidak hairanlah jika anda sendri merasakan keyakinan anda menjadi setinggi langit saat mengoles gincu merah ke bibir.

 

Sememangnya banyak jenis rona gincu merah di pasaran, tetapi tidak semua sesuai dengan ton kulit anda. Setiap rona mempunyai ton yang tersendiri, begitu juga dengan warna merah.

 

Tertanya apakah rona merah yang paling perfect untuk diri anda? EH! himpunkan jenis rona merah yang sesuai untuk setiap warna kulit.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kulit Cerah

 

Gambar: Google

 

Bagi yang mempunyai ton kulit cerah, sememangnya paling mudah untuk mencari rona merah yang serasi. Tetapi kalau mengimpikan solekan lebih segar berseri, rona merah jambu atau merah gelap mampu merealisasinya. EH! cadangkan dua gincu ini.

 
1. Colourpop Crème Lux Lipstick kod On Display
2. NARS Semi Matte Lipstick kod Jungle Red

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link