Solekan Segar Berseri Dengan Satu Produk Magis Ini

Dicipta dengan teknologi tinggi, menjanjikan keserian wajah serta-merta, NARS’ Super Radiant Booster edisi terhad adalah solusi solekan berseri yang anda cari selama ini.

 

 

Terbaharu daripada jenama solekan terulung dunia, NARS’ tampil dengan inovasi terkini Super Radiant Booster yang diformulakan dengan ciri-ciri berseri seakan mutiara, ringan, serta teksturnya yang lebih mudah untuk menyerap ke dalam kulit.

 

Anda boleh gunakannya untuk menyempurnakan lagi impak seri dari penggunaan Natural Radiant Longwear Foundation yang bertahan sepanjang hari, Sheer Glow Foundation kegemaran ramai, dan  produk terlaris meteka Radiant Creamy Concealer .

 

Ia hadir dalam satu ton sahaja, iaitu universal rose gold yang dinamakan Isola Rossa, sesuai untuk semua jenis ton kulit. Istimewanya, Super Radiant Booster diperkaya dengan Vitamin E, yang membantu mengekalkan seri wajah dengan menyalurkan perlindungan anti-oksidan dari pencemaran luar.

 

 

Bahkan, ia turut mengandungi Squalene, sejenis sumber tumbuhan, pelembap ringan pada wajah yang menyerap pantas ke dalam kulit demi mengelakkan kulit dari dehidrasi. Dengan Light Reflective Pearls, ia merupakan campuran variasi mutiara yang menghasilkan kemasan illuminating menawan pada solekan di wajah.

 

Cara-cara penggunaan :

 

1. Oles di bawah lapisan atau campurkan setitik Super Radiant Booster bersama bedak asas untuk menyempurnakan sapuan di seluruh wajah, dengan efek segar berseri.

 

2. Untuk efek highlight tampak natural, sapukan pada bahagian tulang pipi dan hidung, cupid’s bow dan bahagian atas dada (décolleté).

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link