Stor Pertama LUSH Di Malaysia Sentiasa Sibuk Dengan Kehadiran Lushies

Minggu lalu stor pertama LUSH telah pun dilancarkan dengan meriahnya di Pavilion Kuala Lumpur.

 

 

Apa yang boleh dikatakan sehingga hari ini, stor LUSH yang terletak di aras 4 pusat beli-belah Pavilion KL itu masih menerima kehadiran pelanggan yang ramai biarpun pada hari bekerja.

 

 

Malah ketika pelancarannya pada minggu lalu, ia turut sibuk dengan kehadiran para media, tetamu undangan serta pemenang bagi pertandingan yang mereka lakukan secara atas talian. Yang istimewanya lagi, proses pelancaran stor LUSH pertama di Malaysia itu telah diserikan dengan kehadiran YB Nurul Izzah yang menjadi tetamu VVIP yang melancarkan pembukaan stor tersebut.

 

 

LUSH adalah satu jenama produk kecantikan buat tubuh yang sangat digemari di seluruh dunia termasuklah warga Malaysia yang menanti dengan penuh sabar untuk jenama ini membuka stor mereka di sini. Kini dengan adanya stor LUSH di Malaysia, maka tercapailah impian ramai peminat jenama ini khususnya golongan wanita yang menggemari produk LUSH atau dipanggil Lushies.

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link