Tip Kulit Extra Cantik Menjelang Hari Bahagia!

 

Gambar: popbela.com

 

Teks: Azliany Mohamad

 

Amalkan peraturan ini jika anda inginkan kulit cantik ketika bersanding!

 

EMPAT MINGGU SEBELUM

Inilah masanya untuk anda berjumpa pakar dermatologi bagi memeriksa jenis kulit yang anda miliki agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bersih. Sekiranya anda bergelut dengan masalah jerawat, kulit sensitif dan sebagainya, tempoh sebulan ini cukup untuk anda merawatnya.

 

Paling penting banyakkan minum air kosong dan amalkan pemakanan yang sihat. Anda juga boleh melakukan urutan badan sendiri di rumah. Lumurkan susu pada badan dan urut pelahan pada kulit selepas mandi selama 15 minit. Anda akan dapat lihat hasilnya selepas beberapa minggu. Anda pasti tidak akan menyesal!

 

 

 

Gambar: fimela.com

 

TIGA MINGGU SEBELUM

Tempoh ini adalah untuk anda kekalkan wajah yang berseri dengan rawatan wajah dan urutan badan setiap minggu di spa. Lakukannya sekurang-kurang sekali seminggu. Jangan cuba apaapa rawatan atau kosmetik baru dalam waktu ini. Kekalkan apa yang anda sudah biasa dengan jenama apa yang anda yakin dan selesa. Jangan lupa untuk mengoleskan krim tabir suria ketika keluar rumah.

 

DUA MINGGU SEBELUM

Sekirannya anda mempunyai jenis rambut kering, sapu dan urut dengan minyak panas (minyak kelapa muda, minyak bijan, minyak badam atau minyak zaitun) selang tiga hari. Kemudian bungkus rambut dengan tuala yang sudah diselup dengan air panas selama lima minit. Inilah masanya untuk trim rambut saat akhir atau mewarnakan rambut.

 

Sekiranya anda mewarnakan rambut, selepas dua minggu ronanya akan menjadi lebih asli dan menawan. Elak memilih warna yang terlalu terang. Tambahkan rutin pengelupasan dalam penjagaan harian anda. Tidak lupa rajin kan diri untuk menggunakan pupur wajah. Lakukan ia sekali seminggu

 

MINGGU TERAKHIR

Kekalkan rutin penjagaan kulit dan badan yang telah anda amalkan selama sebulan. Tidak dilupakan dapatkan rawatan kuku, waxing atau bleaching dan trim bulu kening anda. Pastikan kulit sentiasa lembap dan sempurna.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link