Wajah nan berseri bak selebriti

Kulit wajah dan tubuh badan perlu dibelai dan dimanja agar penampilan kelihatan anggun dan berseri. Apakah rahsia?


Sothys Nutritive Essential Lipid Elixir Kulit wajah yang kering dengan garisan kedutan yang visible, lipid elixir Sothys boleh merawatnya. Mengandungi formula Nutri-Omega 3.6.9 complex dan Alpha-bisabolol, kulit wajah menjadi lembut hanya dalam masa seminggu. RM349 (30ml)
Peace, Love & Juicy Couture Body Lotion Keharuman yang semerbak ciptaan Juicy Couture untuk penjagaan kulit tubuh badan yang mulus mampu menambah keceriaan si pemakai. RM176
Kiehl’s Double Strength Deep Wrinkle Filler Selamat tinggal kedutan. Tanpa bahan silikon, Kiehl’s tampil dengan produk terbaru untuk menghilangkan garis kedutan pada wajah hanya dalam masa empat minggu! RM160
Clarins Creme Nuit White Plus Siapa tidak mahukan kulit yang segar kala bangun dari tidur! Krim berasaskan ekstrak bunga daisi dan sea lily mampu mengawal pigmentasi akibat sinar UV, menjadikan wajah lebih segar dan glowing. RM240
Biotherm Biosourse Cleanser Antara pencuci muka yang perlu ada. Kandungan pure thermal plankton menjadi sari utama berfungsi sebagai pelembap berkesan untuk mengawal kehidratan pada wajah. RM90
Origins Zero Oil Instant Matte Finish for Shiny Places Merawat kulit yang berminyak dan melekit akibat cuaca panas, udara lembap dan stres. Aplikasinya mampu mengurangkan kesan kilat pada wajah yang memalukan! RM45

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link