Penangan Drama Suri Hati Mr.Pilot

Drama Suri Hati Mr.Pilot terima sambutan hangat peminat-peminatnya dengan memenuhi majlis Meet & Greet semalam. 

suri-hati-mr-pilot-2016-astro-ria-astro-ria-hd

 

Drama bersiri terbitan Astro gandingan dua selebriti popular iaitu Neelofa dan Fattah Amin ternyata menjadi kegilaan ramai penonton. Bukan hanya disebabkan gandingan dua pelakon ini, malah juga ia ada aura tersendiri yang mampu menarik perhatian ramai.

 

 

Acara bertemu peminat itu berlangsung di GSC Pavilion Kuala Lumpur, dan sambutan peminatnya ternyata memberangsangkan biarpun dianjurkan pada hari bekerja.

 

Seolah-olah ramai yang sanggup mengambil cuti hanya untuk bertemu pelakon kegemaran mereka itu. Sebelum ini, majlis bertemu peminat untuk drama arahan Michael Ang ini turut diadakan di NU Sentral Kuala Lumpur dan di Singapura. 

 

 

Kedua-duanya menerima sambutan hangat dari penonton serta peminat. Menurut laporan Astro Gempak, sampai ada yang menitiskan air mata gembira kerana berpeluang bertemu pasangan selebriti yang kini hangat diperkatakan.

 

capture-20161101-152410

Gambar : Instagram Neelofa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share via
Copy link