5 Skil Ciuman Perlu Kuasai Untuk Pasangan Suami Isteri

Buat pasangan suami isteri, permulaan yang dapat menghangatkan sesi intim di kamar adalah dari ciuman. Tetapi ada skil yang perlu anda kuasai supaya ia lebih seksi dan buatkan kalian berahi.

 

Gambar : Shutterstock

 

A steamy round of tongue tango can lead to great sex! Setuju? Bercumbu sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan lain.

 

Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan stress dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Malangnya, kajian juga menunjukkan bahawa pasangan yang sudah lama berkahwin sering kali mengabaikan ciuman untuk jadi sebahagian daripada proses berdua-duaan.

 

Pakar menggalakkan untuk lebihkan ciuman bersama pasangan anda kerana ia amat penting untuk hubungan intim kalian.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Morning Smooch

Sebelum kalian suami isteri ke tempat kerja, pegang tangan suami dan rapatkan diri. Berikan ciuman romantis di bibirnya selama dua hingga saat. Bukan saja ia akan membuat suami lebih mendambakan anda tetapi terdapat satu kajian mendapati lelaki yang mencium isterinya setiap pagi akan hidup lima tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Suami akan berterima kasih kepada anda bila dia masih boleh meniup lilin kek hari jadinya yang ke-100 tahun.

Artikel Berkaitan

Copy link